Ahlan wa Sahlan

Selamat Datang ke laman Ikatan Pendidikan Tauhid Tasawuf (IPTAF)! (Dulunya dikenali Ikatan Pengkajian Tauhid Tasawuf). Melalui laman ini diharapkan para pengunjung akan mendapat informasi berguna khususnya mengenai perjuangan IPTAF serta program-program yang dijalankannya. Seterusnya

Selasa, 1 Jun 2010
MALAM CINTA ALLAH & RASUL صلى الله عليه وسلم DI PENTAS RIBATH AL HIDAYAH AL GHAZALIYAH


Semarak Cinta Allah dan Rasul SAW terus disuburkan Ikatan Pendidikan Ad-Deen (IPTAF) melalui program yang dianjurkannya. Terkini, Majlis Cinta Allah dan Rasul SAW berlangsung pada 28 Mei 2010, Jumaat malam Sabtu bertempat di dataran letak kereta Ribath Al-Hidayah Al-Ghazaliyyah, Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Sebuah pentas khas dibina dan ruang tempat duduk diasingkan antara muslimin dan muslimat. Program yang bermula kira-kira jam 9.30 malam itu berakhir pada jam 11.30 malam dilangsungkan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan warga dan pendokong IPTAF serta masyarakat sekitar, yang turut datang bersantai sambil mendengar hiburan Islami dan tazkirah oleh Ustaz Mustaffa Kamal.

Majlis bermula dengan bacaan al-Fatihah kepada Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para Sahabat radhiaLlahu anhum, para ulama, auliya, syuhada dan solehin. Kemudian diteruskan dengan alunan qasidah oleh anak-anak Ribath Syeikh Abd. Malik dan Ribath Syeikh Abd. Rauf Singkel yang mempersembahkan 4 buah qasidah Arab dan Melayu.

Seterusnya, para pelajar Ribath Al-Hidayah Al-Ghazaliyyah mengambil tempat dan turut mengalunkan 4 buah qasidah Arab dengan penuh penghayatan dan syahdu menusuk hati hadirin.

Bagi setengah mereka yang sudah biasa menyertai majlis seperti ini, mereka bagaikan tiada puas mendengarnya walaupun kadang-kadang qasidah yang dialunkan sama. Inilah yang dikatakan limpahan dan barakah yang dicampakkan Allah ke dalam hati mereka, yang dengannya akan menyuburkan cinta kasih terhadap Allah dan Rasulullah SAW. “Sesungguhnya kamu akan bersama dengan siapa yang kamu cnta di akhirat nanti,” begitulah kira-kira jawapan Nabi SAW kepada seorang Badwi yang datang bertanya Baginda mengenai Hari Akhirat dan betapa beliau tiada memiliki apa-apa melainkan sekeping hati yang mencintai Nabi SAW.

Satu pembaharuan dalam acara majlis ini ialah ketika para pelajar mengalunkan qasidah, Ustaz Musraffa Kamal naik ke pentas dan bersama-sama berqasidah. Sebaik selesai, beliau terus menyampaikan tausiahnya. Antara lain dalam mukadimah disentuh beliau mengenai ujian-ujian dakwah yang dihadapi Nabi SAW dalam menyampaikan cahaya Ad-Deen kepada kaumnya.

Beliau menghuraikan akan petunjuk dari surah al-Juma’ah ayat 2 yang menceritakan bagaimana method dakwah Baginda SAW mengubah masyarakat Quraisy yang ummi sehingga menjadi manusia hebat dan pemimpin dunia suatu ketika dahulu. Maka kata beliau, dengan segala kebejatan akidah dan akhlak dalam masyarakat, wajiblah kita semua kembali merujuk kepada kaedah pembangunan insaniah Rasulullah SAW.

Beliau juga melahirkan kehairanan kenapa sesetengah pihak mempertikaikan dakwah Cinta Allah dan Rasul yang diperjuangkan IPTAF. Mereka juga mempertikaikan anjuran zikir dan qasidah yang diserukan oleh IPTAF sebagai suatu pendekatan menyucikan hati dari segala kecintaan dan aghyar-aghyar (kelalaian, kemaksiatan zahir batin) supaya tertanam tauhid dalam jiwa mereka, sehingga terbit kembali cahaya cinta Allah dan RasulNya.

Sejarah membuktikan para Sahabat yang ditarbiyah Nabi, bermula dengan pengukuhan tauhid (Iman), penyucian jiwa dan ubudiah (Tasawuf), perlaksanaan syariat (Islam) dan al-Hikmah (Kebijaksanaan Pengurusan Khalifah). Melalui proses ini, maka lahirlah manusia-manusia hebat yang ikhlas, berkasih sayang, redha, syukur, tawakal, cinta Allah, Rasul dan Akhirat melebihi kecintaan kepada hal-hal yang lain.

Al-fadhil Ustaz Mustaffa Kamal turut mengemukakan hujah dan dalil-dalil mengenai kepentingan zikrullah hatta di kalangan para mujahid agama sekalipun, amalan ini amatlah penting agar tiada mereka tertipu dengan syaitan, nafsu dan dunia dalam perjuangan memartabatkan Islam di atas muka bumi ini.

Beliau menyeru agar warga IPTAF dan seluruh pendokongnya agar tiada mudah terpengaruh atau terlatah dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada IPTAF berhubung methodologi perjuangan yang dipeloporinya. Sesungguhnya jalan menuju Allah itu sebanyak nafas hamba-hambaNya, maka begitu jugalah jalan untuk mengajak manusia kepada kesedaran agama juga luas dan pelbagai.

Maka IPTAF mengambil pendekatan menanamkan kecintaan kepada Allah dan Rasulullah SAW, tanpa mengabaikan dakwah amar makruf nahi mungkar, menyokong perkara yang benar dan menegur perkara yang salah tidak kira dari pihak mana sekalipun. Malah, IPTAF tiada bergantung atau tunduk kepada mana-mana pihak, yang dihadapkan dan diharapkan hanya redha Allah dan cinta Rasulullah SAW!

Dalam doa munajat beliau di akhir majlis, sambil diaminkan para hadirin, beliau memohon Allah memberikan barakah dan pertolongan kepada perjuangan IPTAF, mendoakan agar Allah mengampunkan para pendengki dan penyebar fitnah, memberi hidayah kepada mereka. Juga dipohon kepada Allah agar dikuatkan kesabaran dalam membawa dakwah cinta ini sebagaimana kesabaran Nabi dan para Sahabat r.a, dipelihara akidah, diperbaiki akhlak, ditingkatkan ibadah, diterima segala amal sebagai kebaikan yang akan memberi kebahagiaan di akhirat nanti. Cahaya bulan yang mengambang penuh di malam itu menjadi saksi ratusan hadirin menitiskan air mata mengaminkan doa munajat tersebut… Amin ya rabbal ‘alamin.

Selasa, 1 Jun 2010
MAAF LAMA TAK KEMASKINI

Jumaat, 9 April 2010
MALAM CAHAYA KESENIAN MAULIDUR RASUL صلى الله عليه وسلم 1431H DI DATARAN BUDAYA BATU BURUK
Malam Cahaya Kesenian Maulidur Rasul 1431H di Dataran Budaya, Batu Buruk

Buat julung kalinya, Dataran Budaya, Batu Buruk, Kuala Terengganu bergema dengan alunan qasidah burdah, selawat dan nasyid bersempena Malam Cahaya Kesenian Maulidur Rasul صلى الله عليه وسلم 1431H anjuran IPTAF.

Program ini telah berlangsung pada 3 April, Sabtu malam Ahad yang lalu bermula jam 9.30 malam dan berakhir kira-kira 2 jam kemudian. Ia merupakan program julung kali diadakan di lokasi ini yang kebiasaannya dipenuhi dengan acara karnival dan konsert-konsert hiburan.

Alhamdulillah, majlis ini dilangsungkan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang memuaskan di kalangan warga dan pendokong IPTAF serta masyarakat sekitar yang turut datang bersantai sambil mendengar hiburan Islami yang dilangsungkan.

Antara pengisian progam ialah tazkirah oleh Ustaz Mustaffa Kamal, nasyid oleh beberapa kumpulan jemputan, alunan qasidah oleh Ribath Al-Hidayah Al-Ghazaliyyah dan Ribath Syeikh Abdul Malik, monolog sirah Nabi SAW dan bacaan burdah Imam Al-Bushiri beramai-ramai.

Majlis diakhiri dengan doa munajat yang dibacakan oleh Ustaz Mustaffa Kamal dalam keadaan hujan renyai-renyai yang mendatangkan suasana syahdu di kalangan hadirin. Sebaik selesai doa, hujan pun turun dengan lebatnya.

Program ini merupakan satu lagi usaha dakwah IPTAF dalam dimensi sebegini dalam perjuangannya menyemarakkan rasa cinta terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan menjadikan Baginda صلى الله عليه وسلم sebagai contoh teladan dalam kehidupan. Lihat foto

Isnin, 15 Mac 2010
Catatan 1: MAJLIS SILATURRAHIM & MUZAKARAH ULAMA DI KOTA TAUHID TASAWUF MEULABOH, ACEH BARAT
Alhamdulillah, acara besar ini telah berlangsung dengan jayanya pada 9-10 Mac lalu di Meulaboh, Aceh Barat, Nanggroe Aceh Darus Salam. Kira-kira 300 ahli rombongan termasuk ulama dari Malaysia telah menyertai majlis tersebut yang diadakan di Masjid Agung Baitul Makmur, Meulaboh.

Ketibaan rombongan dari Malaysia melalui 3 peringkat, iaitu kumpulan 1 pada 5-10/3, kumpulan 2 pada 7-10/3 dan kumpulan 3 pada 8-12/3. Selain menyertai acara tersebut, rombongan juga dibawa berziarah di sekitar Meulaboh dan Banda Aceh terutama tempat-tempat tsunami, muzium, makam ulama dan auliya’, pondok-pondok dan sebagainya.

Berikut adalah laporan ringkas mengenai perjalanan dan acara yang disertai ahli rombongan: Lihat foto

Isnin, 15 Mac 2010
MAJLIS MAULIDUR RASUL صلى الله عليه وسلم DI SMK KETENGAH JAYA, DUNGUN
Terima kasih kepada pihak SMK Ketengah Jaya, Dungun di atas kepercayaan menjemput pihak kami untuk mengisi acara sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat sekolah pada 2 Mac, Selasa yang lalu.

Difahamkan majlis sambutan bermula seawal 8 pagi dengan perarakan guru dan pelajar sejauh 5 km. Kemudian diteruskan dengan acara kuiz sambil sebahagiannya mengacau bubur.

Kira-kira jam 11 pagi, acara diserahkan sepenuhnya kepada pihak kami dengan ustaz Mohd Khairul memimpin zikir munajat, seterusnya Ribath Syeikh Abd Malik mengalunkan beberapa qasidah pembukaan.

Kemudian, Ustaz Yusof menyampaikan tausiah seputar kepentingan sambutan seumpama itu dalam rangka menyuburkan ingatan dan cinta para pelajar terhadap Rasulullah SAW, persoalan keimanan dan akhlak serta menjadikan Baginda SAW sebagai suri tauladan dalam kehidupan.

Majlis berakhir tepat jam 1 ptg setelah bacaan doa munajat, alunan qasidah dan bangun berselawat beramai-ramai. Para guru, kakitangan dan para pelajar begitu teruja dengan konsep pengisian yang julung kali diadakan di sekolah mereka ini. Lihat foto

Isnin, 15 Mac 2010
MAJLIS MAULIDUR RASUL صلى الله عليه وسلم DI RIBATH AL HIDAYAH AL GHAZALIYYAH
Sambutan Maulidur Rasul SAW 1431H di Ribath Al-Hidayah Al-Ghazaliyyah pada kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini kerana ia diadakan di luar dewan solat dengan disediakan pentas khas untuk majlis tersebut.

Menurut Ustaz Mustafa Kamal selaku mudirnya, ruang dewan ribath tidak lagi dapat menampung jumlah mereka yang hadir. Justeru, untuk majlis tersebut muslimat ditempatkan di dalam dewan manakala muslimin di bahagian luar di hadapan pentas.

Seperti biasa, majlis dimulai dengan zikir, qasidah, tausiah oleh Ustaz Mustafa Kamal, doa munajat dan selawat beramai-ramai.

Walaupun ia diadakan secara sederhana namun diharapkan usaha sebegini akan dapat menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW di hati-hati mereka yang hadir Lihat foto

Khamis, 25 Feb. 2010
MAJLIS "MENGENANGMU YA RASULULLAH صلى الله عليه وسلم DI MASJID DAERAH DUNGUN
Dungun 25 Febuari 2010 : Program Maulidur Rasul telah diadakan atas usahasama antara AJK Masjid Tengku Intan Zaharah Dungun dan IPTAF Dungun dengan bertemakan "Mengenangmu Ya Rasulullah صلى الله عليه وسلم" di masjid Tengku Intan Zaharah Dungun yang merupakan masjid Daerah Dungun.

Fasa 1: Hari Khamis malam Jumaat 25 Febuari 2010
Dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan bacaan Yaasin. Selepas Solat ‘Isya berjemaah Ustaz Sabri (pembimbing Dungun) memimpin zikir munajat, bacaan qasidah serta selawat. Jumlah jemaah muslimin muslimat pada malam itu adalah sekitar 400 orang. Acara disambungkan dengan Qiamulail yang diadakan pada jam 4 pagi. Seterusnya

Khamis, 25 Feb. 2010
ADAB DALAM MENYAMBUT MAJLIS MAULIDUR RASUL صلى الله عليه وسلم (al-fansuri.blogspot.com)
Saiyid 'Utsman bin 'Abdullah bin 'Aqil ibnu Yahya al-Batawi menyebut didalam kitabnya ad-Durr al-Basim fi Athwar Abi al-Qasim صلى الله عليه وسلم:

"... Faedah yang pertama wajib atas kita sekalian Islam mengetahui bahawasanya junjungan kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم hamba Allah yang amat mulia, lebih daripada sekalian makhluk. Lagi bahawa ia pesuruh Allah Taala pada sekalian manusia dan jin.

Maka wajiblah mengetahui akan hal ehwalnya yang disebut di dalam kitab ini, yang sesetengahnya itu wajib diketahuikannya, dan sesetengahnya itu sunat. Sebahagi[an] lagi wajib atas kita menghormatkan junjungan kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan sehabis-habis hormatnya..." Seterusnya

Khamis, 25 Feb. 2010
MAJLIS MAULIDUR RASUL SAW DI SMK DURIAN MAS, AMBS, DUNGUN
Buat julung kalinya, pihak IPTAF telah dijemput untuk menjayakan Majlis Maulidur Rasul SAW 1431H di SMK Durian Mas, AMBS, Dungun pada Khamis 25/2 bermula jam 11 pagi - 12.30 t/hari. Majlis berlangsung di Dewan Besar sekolah. Turut serta memeriahkan majlis ialah pelajar Ribath Syeikh Abd Malik, Kuala Terengganu.

Acara diisi dengan zikir munajat, alunan qasidah, motivasi dan doa munajat oleh Ustaz Yusof – Pembimbing Kemaman.

Menurut Cikgu Ismeehan yang bertanggungjawab menyelia majlis tersebut, pihaknya merasa sangat gembira dengan komitmen para pelajar yang memenuhi dewan dan bersama-sama mengalunkan zikir dan qasidah beramai-ramai. Sedangkan sebelum ini kadang-kadang amat sukar untuk melihat sambutan seperti ini khususnya di kalangan pelajar.

Terima kasih sekali lagi di atas kesudian menjemput pihak kami bersama-sama dalam majlis ini. Lihat Foto Program

Rabu, 24 Feb. 2010
MAJLIS KESYUKURAN DI RUMAH PEMILIK SYARIKAT ZAITUN GAS DUNGUN
Pemilik Zaitun Gas Dungun (Pengedar Gas Masak Petronas) telah menjemput Ribath Rendah Syeikh Abdul Malik, Pulau Manis untuk mengadakan persembahan di rumah beliau di Pulau Serai, Dungun baru-baru ini.

Program ini berlangsung pada 18 Februari 2010 iaitu hari Khamis malam Jumaat. Program bermula dengan solat Magrib berjemaah diimamkan oleh Ustaz Md. Sabri Ahmad (Pembimbing IPTAF Dungun). Selepas solat maghrib diadakan bacaan Yasin dan Tahlil.

Selepas solat Isya’, majlis dimulakan dengan persembahan qasidah oleh anak-anak Ribath, disusuli tazkirah ringkas oleh Ustaz Md. Sabri.

Program tersebut dihadiri juga oleh penduduk Pulau Serai Dungun termasuk golongan remaja dan belia. Program berakhir dalam jam 10.30 malam.

Insya Allah konsep program dakwah sebegini akan diperluaskan lagi dalam usaha menyuburkan cinta Allah dan Rasul dalam jiwa masyarakat. Lihat Foto Program

Khamis, 18 Feb. 2010
MAJLIS BICARA ILMU : "PERMASALAHAN AQIDAH & UMMAH MASA KINI" BERSAMA SYEIKH DR. MAHMUD ABD RAUF AL-HUSAINI
Pada 14-15 Feb baru-baru ini, bumi Terengganu telah menerima kunjungan istimewa seorang ulama Madinah yang merupakan pakar dalam pengkajian bidang ilmu tauhid dan tasawuf.

Beliau juga adalah murid kepada Syeikh Yasin al-Fadani (Ulama Hadis Alam Melayu yang tersohor sebagai pemegang sanad hadis ulung dunia dan berguru dengan lebih 800 ulama).

Majlis pertama diadakan di Masjid Pasir Minal Kemaman pada 14/2 bermula dengan solat Maghrib berjemaah, alunan qasidah dan ceramah Syeikh Dr Mahmud sekitar permasalahan aqidah dan ummah masakini. Kemudian disusuli di Madrasah Darul Bayan, Paka dan Ribath Al-Hidayah al-Ghazaliyyah Kuala Terengganu.

Berita lanjut akan menyusul insya Allah. Untuk melihat foto program, sila klik Foto Program

Khamis, 18 Feb. 2010
ENAKMEN KHAS TARIKAT YANG TIDAK BERSALAHAN DENGAN AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
Petikan akhbar Sinar Harian (Sentral) bertarikh 12/2/10

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta sesiapa sahaja terutama pengikut amalan tarikat merujuk kepada pihaknya dan Jabatan Mufti jika tidak yakin dan kurang arif dengan amalan tarikat yang diikuti.

"Kalau hendak bertarikat, perlu mengikut tarikat yang betul..."

Sementara itu, Hasan juga berkata, kemungkinan Selangor juga akan mengikut jejak Negeri Sembilan yang telah mengadakan Enakmen Khas bagi menentu dan menapis hanya tarikat yang tidak bertentangan dengan aliran Ahlu Sunnah wal Jamaah... Seterusnya

Ahad, 7 Feb. 2010
PROGRAM "WE SHARE, WE CARE" DI PENJARA KAJANG, SELANGOR
Pada (24 Januari 2010) satu program ‘We Share We Care’ telah diadakan di penjara Kajang bagi tahanan juvana yang berumur 15 hingga 21 tahun. Peserta juvana ini ini adalah terpilih dan seramai 50 tahanan juvana yang terlibat.

Program ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Siswazah Wanita Malaysia berwakilkan pengerusinya, Datin Fauziah atau lebih mesra dipanggil Umi.

Program ini bertujuan memberi kesedaran kasih Allah dan cinta Rasulullah dengan menjadikan Qasidah sebagai method utama program. Perwakilan IPTAF yang diketuai Ust Fakhrurrazi dan rakan-rakan diiring pegawai penjara iaitu En Nasir yang telah memberi penerangan berkenaan keadaan Penjara Kajang dan suasananya. Seterusnya

Khamis, 4 Feb. 2010
PERSEMBAHAN KHAS SEMPENA HARI TERBUKA KOLEJ ZA'BA 2010, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) TANJUNG MALIM, PERAK
Jawatankuasa Kolej Za'ba (UPSI) telah menjemput Ribath Rendah Syeikh Abdul Malik, Pulau Manis untuk mengadakan persembahan pada program di atas yang bertemakan "Jelajah Ilmu Menyusuri Warisan".

Program ini berlangsung pada 28-31 Januari 2010. Pihak Ribath telah dijemput khas untuk mengadakan persembahan pada 31 Januari, dalam dua sesi iaitu sebelum pertandingan Tilawah Al-Quran pada sebelah pagi dan acara penutup program pada malamnya.

Lihat foto-foto program

Isnin, 1 Feb. 2010
KEM SUHBAH GABUNGAN RIBATH, MADRASAH & RIBATH DI LAGOONA RESORT, KUANTAN
Kem Suhbah Gabungan yang julung kali diadakan ini telah berlangsung di Lagoona Resort, Cherating, Kuantan, Pahang pada 29-30 Jan baru-baru ini. Ia melibatkan seramai 80 pelajar dari Madrasah Siratol Mustaqim Kemaman, Ma’ahad Tahfiz Darul Uloom, Kemaman (35 orang) dan Ribath Al-Hidayah Al-Ghazaliyyah, Bt Buruk, Kuala Terengganu (27) yang kesemuanya berjumlah 142 pelajar.

Ia merupakan kerjasama antara ketiga-tiga pihak dengan pihak IPTAF dimana IPTAF diberi kepercayaan untuk mengendalikan sepenuhnya kem tersebut.

Lihat foto-foto program

Isnin, 1 Feb. 2010
PROGRAM TAZKIYATUN NAFS DI UIA KUANTAN SEMPENA "ISLAMIC EDUCATION WEEK
Pada tanggal 30 Januari 2010, Sabtu bertempat di UIA Kuantan, Majlis Tausiyah “Mencintai Rasulullah Sallallahu ‘alaihiwasallam sebagai suatu jalan Tazkiyatun Nafs” dan Qiamullail diadakan di Masjid Kuliah Perubatan bersempena “Islamic Education Week” anjuran “Schools of Nursing”. Seramai 100 orang mahasiswa/i menyertainya.

Tausiyah yang diadakan secara santai dalam bentuk perkongsian kisah mengenai Baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihiwasallam di bawah bimbingan Abi Razali (pembimbing IPTAF Lembah Klang) dengan bantuan Saudara Rizal (mukhaddim IPTAF). Majlis bermula jam 9.30 mlm dan berhenti jam 11 malam, diteruskan dengan halaqah Quran. Bermula jam 4.30 pagi, peserta bangun untuk qiamullail dengan pengisian solat sunat serta zikir munajat.

Rabu, 27 Jan. 2010
'BERBAHAGIALAH DIRIMU KEMBALI KE SISI KEKASIHMU' - Ustaz Abd. Sri kembali ke rahmatuLlah
Hamba ini musafir hina
Tiada kekuatan cintaku ya Allah
cintaMu tabir pembuka redhaMu
cintaMu… sujudku…

Begitulah sebahagian bait syair Allahyarham Ustaz Abd. Sri Koboi, bagaikan mengetahui bahawa saat diri akan dipanggil pulang ke hadrat Illahi sudah amat hampir. Dan kerinduan yang teramat sangat kepada Allah akhirnya menemui kesudahannya.

Bagai bermimpi apabila menerima berita bahawa beliau telah pulang ke rahmatuLlah kira-kira jam 4.11 petang Isnin 25 Jan. 2010. Selama beberapa ketika, terkedu dalam mencari kepastian sebelum berita hiba ini dihebahkan kepada teman-teman yang lain. Seterusnya

Ahad, 24 Jan. 2010
IPTAF BINCANG ISU ISLAM EKSTREM (Petikan Akhbar)
IKATAN PENDIDIKAN TAUHID TASAWUF (IPTAF) mengadakan program ziarah ke Meulaboh, Aceh pada akhir bulan lalu dalam usaha mengadakan perbincangan susulan dengan pihak Ikatan Pengkajian Tauhid Tasawuf Aceh berkaitan Majlis Silaturrahim dan Muzakarah Ulama se-Asia Tenggara yang akan berlangsung di Kota Tauhid Tasawuf Meualaboh, Aceh Barat bermula pada 9 dan 10 Mac ini.

Pengerusinya, (Ustaz) Mustaffa Kamal Hamzah berkata majlis anjuran pihaknya itu mendapat sokongan padu daripada pihak Ikatan Pengkajian Tauhid Tasawuf Aceh, di bawah pimpinan Abuya Syeikh Amran Waly.

"Sebelum ini kami telah mengadakan dua program ziarah ke Aceh dan ini adalah kali ketiga. Kami bersyukur kerana program ziarah ini... Seterusnya

Ahad, 24 Jan. 2010
FORUM SEMPENA KONVENSYEN MODAL INSAN, MARANG, TERENGGANU
Pengerusi IPTAF, Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah sekali lagi dijemput sebagai ahli panel forum sempena Konvensyen Modal Insan anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Program tersebut berlangsung di Kg Bukit Jetit, Gong Beris, Marang, Terengganu pada Sabtu, 23 Jan. kelmarin.

Kehadiran masyarakat sekitar kira-kira 250 orang.

Program ini merupakan satu usaha ke arah meningkatkan kefahaman Islam kepada masyarakat berdasarkan kepada methodologi dan keilmuan para ulama silam dalam pembangunan insan. Seterusnya

Khamis, 14 Jan. 2010
MAJLIS MUWASOLAH BERSAMA DENGAN AL-'ALAMAH HABIB UMAR AL HAFIZ
Tanggal 10-11 Januari 2010 telah berlangsung satu majlis bersejarah di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Majlis yang bertujuan untuk memupuk pemuafakatan Ulama serta pendakwah tanahair yang merupakan kesinambungan dari perhubungan Ulama sedunia bersama Habib Umar (seorang tokoh ulama dan pendakwah tersohor).

Majlis ini merupakan anjuran bersama Madras An Nur, ITMAM, IPTAF, Yayasan Sofa, Madrasah Al jenderami, Jamaah Khairiah, Jamaah Al Khidmah dengan sokongan dari JAKIM dan JAIS. Ianya dihadiri oleh kira-kira 150 peserta yang terdiri dari Tuan2 Guru pondok/ madrasah, tokoh ilmuan, para ustaz, ahli akademik dan pemimpin NGO. Seterusnya

Khamis, 7 Jan. 2010
FORUM SEMPENA KONVENSYEN MODAL INSAN PAHANG
Pada 2 Jan 2010, telah berlangsung satu forum bertajuk "Membersih Fiqh, Membersih Usul" di Masjid Lanchang, Pahang. Forum ini adalah bersempena dengan Konvensyen Modal Insan anjuran sebuah kementerian dengan kerjasama Khazanah Fathaniah/PENGKAJI.

Pengerusi IPTAF, Ustaz Mustaffa Kamal bin Hamzah telah dijemput menjadi ahli panel forum tersebut. Sebelum ini beliau turut dijemput menjayakan program sama di sebuah masjid di Melaka.

Sambutan masyarakat setempat amat menggalakkan. Sesungguhnya usaha seperti ini amatlah baik demi meningkatkan kefahaman masyarakat dan mendorong mereka kepada pengamalan Islam yang menyeluruh dalam kehidupan mereka.

Khamis, 6 Jan. 2010
MAJLIS BUBUR ASYURA SEMPENA MA'AL HIJRAH 1431H
IPTAF Kemaman telah turut serta menjayakan acara mengacau bubur asyura yang diadakan di Masjid Geliga pada Sabtu, 2 Jan. 2010 lalu.

Program ini dianjurkan oleh Badan Cakna Masjid Geliga, sebuah NGO yang menjalankan program-program kebajikan dan kemasyarakatan. Pihak mereka dengan kerjasama IPTAF Kemaman telah berjaya memasak 3 buah kawah mengikut ramuan yang berbeza iaitu ikan, ayam dan daging.

Menurut pihak Badan Cakna, Tn Hj Abd Razak, program ini adalah julung kali diadakan di masjid tersebut dan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Disamping itu, hampir 30 petugas dari IPTAF telah turut serta dalam acara tersebut yang bermula jam pagi dan berakhir zohor.

Khamis, 6 Jan. 2010
MAJLIS CINTA SYUKUR & TAKLIMAT PROGRAM ACEH
IPTAF Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai 'Program Aceh Mac 2010' kepada sebahagian peserta yang akan menyertai program tersebut.

Majlis ini berlangsung pada 31 Dis. 2009 di Surau Hj Othman, Chukai bermula solat Isya', zikir munajat, bacaan Nazam, tausiah, qasidah dan doa munajat.

Seterusnya, Abi Yusof (Pembimbing Kemaman) telah menyampaikan taklimat beserta dengan tayangan 'slide' kepada lebih 100 muslimin muslimat yang hadir.

Khamis, 31 Dis. 2009
ZIARAH ACEH-MEULABOH : PRA MAJLIS SILATURAHIM & MUZAKARAH ULAMA SE-ASIA TENGGARA MAC 2010
Bersama Ustaz Mustaffa Kamal (Pengerusi IPTAF) dan Abi Razali Daud (Pembimbing Lembah Kelang), kami bertiga bertolak ke Medan, Indonesia dengan AirAsia dari LCCT KL jam 12.05 t/hari, Sabtu 26 Dis. Perjalanan ini adalah dalam rangka mengadakan perbincangan susulan dengan pihak Ikatan Pengkajian Tauhid Tasawuf Aceh pimpinan Abuya Syeikh Hj Amran Waly berkaitan Majlis Silaturahim dan Muzakarah Ulama se-Asia Tenggara yang bakal diadakan pada 9-10 Mac 2010 di Kota Tauhid Tasawuf, Meulaboh, Aceh Barat.

Berikut adalah catatan ringkas perjalanan kami selama kira-kira 3 hari ke sana.
26 Dis. 2009 (Sabtu) (*waktu tempatan M’sia & Indonesia)
12.05 t/hari – bertolak ke Medan dari LCCT dengan AirAsia QZ8055
11.55 pg – tiba di Polonial Bandara, Medan (Lap. Terbang Medan), disambut oleh Pak Sayyid, berehat di rumah tumpangan dsb.

Sila klik Seterusnya (14 foto di dalam)

Khamis, 31 Dis. 2009
KEM SUHBAH DARWISYAH KEMAMAN
Sempena cuti sekolah baru-baru ini, pihak pimpinan Sayyidah Kemaman telah menganjurkan Kem Suhbah Darwisyah selama 2 minggu. Program bermula pada 10-24 Dis. 2009 bertempat di Rumah Burdah & Surau Hj Othman, Chukai, Kemaman.

Seramai 75 remaja perempuan dari daerah Kemaman telah menyertai kem ini, yang bertemakan kepada "Cinta Allah & Rasul". Berbagai aktiviti menarik telah dilangsungkan, antaranya pemantapan ilmu fardhu 'ain, motivasi, zikir, qasidah, kraftangan, pidato, sukaneka, lawatan ke zoo dsb, pertandingan antara kumpulan dan lain-lain lagi.

Manakala di Ribath Syeikh Abdul Malik, Pulau Manis pula telah diadakan kem yang sama untuk anak-anak remaja lelaki yang melibatkan kira-kira 50 peserta. (Berita dan gambar akan menyusul insya Allah).

Sabtu, 19 Dis. 2009
MALAM "SENTUHAN HATI" SEMPENA PROGRAM KEFAHAMAN ISLAM / MINGGU DU'AT 2009 & KARNIVAL MA'AL HIJRAH 1431H DI SHAH ALAM
Malam tadi telah berlangsung penuh meriah malam "SENTUHAN HATI" sempena Program Kefahaman Islam / Minggu Du'at 2009 dan Karnival Ma'al Hijrah 1431H. Ia adalah anjuran Masjid SSAAS, Shah Alam, Bahagian Dakwah JAIS & 38 NGO's berdaftar di bawah MAIS.

Pihak IPTAF (Lembah Kelang) & Unit Hidayah MAFAA telah diberi amanah untuk menyediakan konsep persembahan dan pengisian acara tersebut. Turut terlibat dalam persembahan ialah Ribath Syeikh Abd. Malik, Ribath Al-Hidayah Al-Ghazaliyyah, Sek. Integrasi Asy-Syakirin dan Unit Kesenian IPTAFLK yang muncul dengan persembahan istimewa "Monolog Dakwah Cinta".

Sila klik Seterusnya untuk melihat 14 paparan gambar program tersebut. (insya Allah laporan penuh program akan menyusul...)

Khamis, 17 Dis. 2009
KUNJUNGAN SYEIKH YUSUF BAKHUR AL HASANI & SYEIKH ROHIMUDDIN
Ribath Al-Hidayah Al-Ghazaliyyah, Batu Buruk, Kuala Terengganu telah menerima kunjungan istimewa dari Syeikh Yusuf Bakhur al-Hasani dan Syeikh Rohimuddin pada Isnin, 14 Disember lalu.

Mereka tiba sekitar jam 3.30 ptg dah telah disambut dengan alunan qasidah oleh para pelajar Ribath. Seterusnya Syeikh Yusuf telah menyampaikan tazkirah ringkas, disusuli dengan doa. Majlis diakhiri dengan qasidah penutup, solat asar dan jamuan ringan.

Pihak kami merakamkan jutaan terima kasih kepada Syeikh Yusuf dan Syeikh Rohimuddin di atas kesudian pihak mereka bertamu barang sebentar di tempat kami. Ianya sangat besar maknanya dalam menyuntik semangat warga IPTAF dalam meneruskan agenda dakwah “Cinta & Syukur” di ambang Tahun Baru Hijrah yang menjelang nanti.

Sabtu, 5 Dis. 2009
MAJLIS CINTA & SYUKUR : AIR MATA RASULULLAH SAW IPTAF DUNGUN
Malam tadi telah berlangsung dengan jayanya Majlis "Cinta & Syukur : Airmata Rasulullah SAW" di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, Dungun, Terengganu. Majlis yang julung kali diadakan di daerah ini dihadiri lebih 300 muslimin muslimat yang memenuhi segenap ruang di dalam dewan tersebut.

Majlis bermula kira-kira jam 9.20 malam dengan ucapan aluan oleh sdra. Muhammad Khairol Musa (S/U IPTAF Kemaman) selaku Pengerusi Majlis, disusuli dengan alunan zikir munajat pimpinan Ustaz Md. Sabri Ahmad (Pembimbing Dungun). Seterusnya

Isnin, 30 Nov. 2009
FOTO-FOTO SEKITAR MAJLIS QURBAN IPTAF TERENGGANU (foto telah dikemaskini)
'Eidul Adha disambut meriah oleh pelbagai golongan masyarakat. Pihak IPTAF K. Terengganu tidak terkecuali dengan majlis solat hari raya dan qurban diadakan di Ribath Syeikh Abdul Malik, Pulau Manis dan Ribath Al Hidayah Al Ghazaliyyah, Batu Buruk.

Selain itu, IPTAF Kemaman turut bersama-sama dengan pihak Badan Cakna Masjid Geliga, Kemaman bergotong royong menyembelih dan melapah daging-daging qurban.

Di sini disertakan beberapa foto majlis berkenaan. Seterusnya

Isnin, 16 Nov. 2009
FOTO-FOTO SEKITAR KULIAH IPTAF DI KUALA TERENGGANU
Berikut adalah sebahagian foto majlis kuliah IPTAF yang disampaikan oleh Pengerusi IPTAF, Ustaz Mustaffa Kamal bin Hamzah. Disamping sebagai Mudir Ribath Al-Hidayah Al-Ghazaliyyah, Bt. Buruk, beliau turut menyampaikan kuliah di surau/masjid termasuk di Kemaman.

Turut disertakan foto kuliah oleh Ustaz Badrul (Abi), Mudir Ribath Syeikh Abdul Malik, Pulau Manis di Surau Taman Permin Perdana, Seberang Takir, K. Terengganu. Seterusnya

Ahad, 15 Nov. 2009
SINAR HARIAN 15 NOV. 2009: PEMUDA PAS PUSAT LANCAR PELEKAT KEMPEN MENCINTAI RASULULLAH SAW
IPTAF mengucapkan syabas kepada Dewan Pemuda PAS Pusat khususnya Ketuanya Ustaz Nasrudin Hj Hassan Tantawi serta timbalan beliau, Ustaz Azman Syapawi Abd. Rani di atas pelancaran pelekat kereta sempena kempen "Kami Mencintaimu, Ya Rasulullah!".

Majlis berkenaan dilangsungkan di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan Sinar Harian 15 Nov. 2009. IPTAF yang mendokong seruan “CINTA & SYUKUR” melihat inisiatif ini melambangkan kebijaksanaan kepimpinan Pemuda Pas dalam mempelbagaikan method dakwah kepada masyarakat. Seterusnya

Ahad, 15 Nov. 2009
BERITA HARIAN 15 NOV. 2009: TIADA BAHASA KIASAN DALAM FAHAMAN WAHABI
Oleh Muhammad Uthman El-Muhammady
Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac)

Ahli Sunnah dituduh syirik, lakukan bidaah kerana amalan bertentangan Syeikh Muhammad

PENULISAN ini akan mengupas konsep tauhid dalam Wahabi, antaranya seperti yang ada dalam tulisan pengasasnya, Syeikh Muhammad bin 'Abd al-Wahhab.

Pertama ialah huraian mengenai "Lailahailallah." Beliau menyatakan seseorang itu selamat harta dan nyawanya, iaitu tidak dibunuh dan hartanya tidak diambil, dengan lima syarat. Syarat pertama ia mengucap syahadah; kedua, tahu ertinya; ketiga mengaku tiada Tuhan melainkan Allah SWT; keempat, menyeru bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah SWT, menyembah-Nya; kelima, tidak kufur kepada Allah SWT. Seterusnya

Ahad, 15 Nov. 2009
PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA IBU TUNGGAL, FAKIR MISKIN & ANAK YATIM SHAH ALAM
Sabtu, 7 Nov 2009: Pihak Pengurusan Tabung Anak Yatim & Fakir Miskin Tampin (TAYT) cawangan Klang dengan kerjasama IPTAF Shah Alam telah mengadakan majlis pengagihan beras, barangan keperluan dapur serta duit zakat kepada 23 keluarga yang terdiri dari ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin di Pangsapuri Serantau, Bukit Raja, Klang.

Majlis dimulakan dengan aluan oleh wakil TAYT, En Rosli, diikuti dengan tausiyah serta qasidah oleh pembimbing IPTAF Shah Alam, Abi Razali. IPTAF dan TAYT menyeru muslimin dan muslimat khususnya di Lembah Klang yang dilimpahkan rezeki oleh Allah agar turut sama menyumbang bagi meringankan bebanan sebahagian masyarakat yang diuji oleh Allah dengan kemiskinan. Seterusnya

Ahad, 15 Nov. 2009
AKTIVITI IPTAF KL NOV. 2009 - SOROTAN 1 :
1) KULIAH BERSIRI UNTUK PENSYARAH & PELAJAR WANITA FAKULTI KEJURUTERAAN UITM SHAH ALAM
2) SUMBANGAN KAMUS AL KHALIL KEPADA PELAJAR MA'AHAD TA'LIM WA TAHZIB SHAH ALAM

Jumaat, 6 Nov 2009: IPTAF mengajak masyarakat bermahabbah dengan Institusi yang berusaha melahirkan ulama dan pendakwah. Pendokong-pendokong IPTAF Selangor telah mengambil inisiatif untuk turut menanam saham akhirat dengan menghulurkan sumbangan Kamus Arab Al Khalil kepada pelajar-pelajar Maahad Ta’alim wa Tahzib di Seksyen 13 Shah Alam. Sumbangan telah disampaikan melalui wakil IPTAF Shah Alam kepada tenaga pengajar Maahad tersebut.

Jumaat, 6 Nov 2009: IPTAF Shah Alam meneruskan usaha mengajak pelbagai lapisan masyarakat ke arah mencintai Allah, RasulNya, AgamaNya serta berkasih sayang sesama insan. Seterusnya

Sabtu, 7 Nov. 2009
UMAT ISLAM DIAJAK BANYAK BERZIKIR (Sinar Harian 7/11/2009)
KUALA TERENGGANU - Masyarakat Islam di negeri ini digalakkan supaya memperbanyakkan amalan berzikir kerana jika dihayati dengan hati dan jiwa yang luhur, ia akan memberi kesan yang positif pada diri.. Seterusnya

Sabtu, 7 Nov. 2009
MALAM MAHABBAH & ZIKIR MUNAJAT : “AIR MATA RASULULLAH”
Dengan tema "Air Mata Rasulullah", majlis ini telah berlangsung di Ribath Al-Hidayah Al-Ghazaliyyah, Bt. Buruk, Kuala Terengganu pada 5/11 Khamis malam Jumaat lalu. Majlis ini mengikut jadual asalnya berlangsung di Padang Bola, Kg. Panji, namun di saat akhir terpaksa dipindahkan ke Ribath disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan.

Majlis bermula dengan bacaan qasidah gabungan Ribath Al-Ghazaliyyah dan Ribath Syeikh Abd. Malik, disusuli dengan zikir munajat pimpinan ustaz Sabri.

Diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusof Abd Razak (Pembimbing Kemaman) yang menyentuh tema di atas. Seterusnya

Rabu, 4 Nov. 2009
ZIARAH MAHABBAH KE PEJABAT MUFTI NEGERI TERENGGANU
Sesuai dengan prinsip IPTAF yang menyeru kepada dakwah Mahabbah dan Syukur, pada Khamis lepas suatu ziarah mahabbah ke Pejabat Mufti Terengganu telah berlangsung. IPTAF yang diketuai oleh Pengerusinya, al-Fadhil Ustaz Mustaffa Kamal bin Hamzah beserta rombongan telah disambut mesra oleh Sahibus Samahah Dr. Alias Abdullah, Mufti Negeri Terengganu Darul Iman.

Pertemuan yang berlangsung kira-kira 40 minit itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak IPTAF untuk memperkenalkan lebih lanjut mengenai IPTAF dan membina hubungan baik dengan pihak Mufti khususnya. Di samping itu juga, pihak kami juga ingin mendapatkan pandangan dan nasihat daripada beliau terhadap gerakan dakwah IPTAF sebagaimana yang tercatat dalam buku “Bermulanya Dakwah Cinta” yang turut dihadiahkan kepada Sahibus Samahah Mufti. Seterusnya

Isnin, 2 Nov. 2009
MAJLIS KESYUKURAN, MAHABBAH & CUKUR JAMBUL IPTAF KEMAMAN
Syukur dan Ceria..! Itulah yang tergambar dari wajah-wajah para pendokong IPTAF dan muslimin serta muslimat yang menghadiri Majlis Kesyukuran dan Mahabbah IPTAF Kemaman pada Sabtu malam Ahad, 31/10/09 di Surau Haji Othman, Chukai, Kemaman. Dengan kehadiran di luar jangkaan yang memenuhi Surau di anggarkan seramai 100 orang, bagi meraikan kesyukuran setelah menjayakan Majlis Mahabbah Aidilfitri dan Hari Keluarga IPTAF Kemaman baru-baru ini.

Dan buat julung kalinya juga, Majlis Mahabbah menggabungkan bacaan Qasidah dan bacaan Rawi Berzanji dan Majlis Cukur Jambul. Kumpulan Berzanji dijemput khas dari Masjid Besar Geliga, Kemaman bersama AJK Badan Cakna Masjid tersebut. Seterusnya

Isnin, 26 Okt. 2009
IPTAF LEMBAH KELANG MENJAYAKAN KURSUS KEFAHAMAN ISLAM "DAKWAH MAHABBAH" UNTUK NGO
Pada 24 hingga 25 Oktober, Kursus Kefahaman Islam anjuran JAKIM dengan kerjasama Unit Hidayah MAFAA telah mendapat suatu suntikan kerjasama dari IPTAF.

Kursus yang dijalankan dengan tema "Dakwah Mahabbah" bermula pada pagi 24 Oktober hingga petang 25 Oktober bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi,Selangor.

Kursus yang dianjurkan ini melibatkan penyertaan wakil 8 NGO Islam yang terdiri dari MACMA (Persatuan Cina Muslim), Maahad Tahfiz Muqri, Pusat Bimbingan OKU, Muafakat, Pengurusan Masjid Puchong, Unit Hidayah, Persatuan Penyelidikan Islam (RECOIL). Seterusnya

Isnin, 26 Okt. 2009
AKTIVITI IPTAF KL - SOROTAN 2 :
1) LATIHAN QASIDAH DI SEK AGAMA ASY-SYAKIRIN, SEK 13, SHAH ALAM
2) KULIAH SUBUH : 'PENDIDIKAN AD-DEEN DALAM MEMENUHI MAKSUD UBUDIYYAH'

Bermula awal Oktober, pihak Sekolah Agama As Syakirin mengadakan latihan qasidah untuk pelajarnya yang berminat. Sekolah ini merupakan antara sekolah Agama swasta yang mendapat sambutan baik di Shah Alam, kira-kira 300 orang pelajar menuntut ilmu disini.

Latihan ini dikendalikan oleh Ust Zulhazmi (pendokong IPTAF) dan saudara Faiz (pendokong IPTAF Trengganu). Di awal latihan hanya beberapa orang pelajar sahaja yang berminat, namun sekarang ini semakin ramai pelajar mengikuti latihan. Atas permintaan pelajar latihan telah diadakan setiap hari bermula jam 4.30 hingga 5.30 petang. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Ustaz Zul, alunan "Ya Badrotim, As Salaamun alaik" dan lain-lainnya mula menjadi siulan pelajar-pelajar di situ. Seterusnya

Isnin, 26 Okt. 2009
AKTIVITI IPTAF KL - SOROTAN 1 :
1) ZIARAH MAHABBAH AIDILFITRI BERSAMA ULAMA'
2) MAJLIS SOLAT HAJAT, YASIN, TAHLIL & DOA SELAMAT DI RUMAH BARU BAITUL ISLAH

Sebagai suatu usaha IPTAF memupuk mahabbah khususnya bersama Ulama dan pendokong Deenul Islam, satu ziarah bersama Baba Abdul Aziz (Ulama Fatani) ke Madrasah Darul Islah Sabak Bernam yang diasaskan oleh Allahyarham Kiyai Hj Shuhud diaturkan.

Setibanya di Madrasah Darul Islah, kami disambut mesra oleh Mudir, Ustaz Hasan Shazili (anakanda Kiyai Shuhud) serta muridnya dengan adab dan tertib yang halus. Seterusnya

Ahad, 25 Okt. 2009
RIBUAN HADIRI MAJLIS MAHABBAH AIDILFITRI & HARI KELUARGA IPTAF KEMAMAN 2009
CERIA, SANTAI & MAHABBAH! Itulah gambaran suasana Majlis Mahabbah Aidilfitri dan Hari Keluarga IPTAF Kemaman 2009 yang berlangsung di Pantai Teluk Mak Nik, Geliga Besar, Kemaman pada 24 Oktober Sabtu kelmarin.

Bukan sahaja kehadiran melebihi jangkaan, dengan lebih 2,000 hadirin dan keluarga masing-masing hadir, malah ia merangkumi segenap lapisan masyarakat dengan pelbagai latarbelakang, kecil dan besar, golongan agama, profesional dan masyarakat awam. Turut hadir ialah para pemimpin agama, pimpinan masyarakat, parti-parti politik, wakil-wakil NGO dan sebagainya. Seterusnya

Selasa, 20 Okt. 2009
PERSEMBAHAN RIBATH PULAU MANIS DI MAJLIS AIDILFITRI PETRONAS MITCO JAPAN SDN BHD
Buat julung kalinya Ribath Pulau Manis telah dijemput mempersembahkan bacaan qaisdah/nasyid Islami kepada seluruh pegawai dan kakitangan Petronas Mitco Japan Sdn Bhd di Dewan KSB, Kemaman kelmarin.

Majlis bermula kira-kira jam 12 t/hari dan Ribath Pulau Manis telah menarik perhatian semua yang hadir dengan alunan qasidah-qasidah yang menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut.

Menurut pihak penganjur, ini adalah kali pertama mereka menampilkan konsep sedemikian disamping penyampaian bantuan kepada anak-anak yatim dari sebuah sekolah berdekatan. Seterusnya

Selasa, 20 Okt. 2009
MAJLIS MAHABBAH AIDILFITRI & HARI KELUARGA IPTAF TERENGGANU 2009
Lebih 3,000 hadirin telah memeriahkan Majlis Mahabbah Aidil Fitri & Hari Keluarga IPTAF 2009 yang berlangsung pada Ahad, 18 Oktober lalu di Rhu Muda Beach Motel, Marang, Terengganu.

Program ini sebenarnya bermula pada petang Sabtu, 17 Oktober melibatkan warga IPTAF dan keluarga. Pada malam sehari sebelum majlis jamuan Aidilfitri, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti solat berjemaah, zikir munajat, bacaan qasidah, ramah mesra dan gotong-royong membuat persiapan dan memasak bagi majlis esoknya.

Warga IPTAF khususnya dari seluruh Terengganu telah hadir memeriahkan program ini, malah tidak ketinggalan warga IPTAF Lembah Kelang yang datang dengan sebuah bas dan beberapa buah kenderaan bersama keluarga masing-masing. Seterusnya

Khamis, 15 Okt. 2009
'BERMULANYA DAKWAH CINTA' UBAH PERSEPSI ORANG ISLAM
KUALA TERENGGANU -IKATAN PENDIDIKAN TAUHID TASAWUF (IPTAF) berusaha meluaskan strategi menarik lebih ramai umat Islam di negeri ini mendekati dakwah yang bertunjangkan tauhid tasawuf.

Pengerusinya, Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah berkata, matlamat perjuangan IPTAF adalah menyedarkan masyarakat Islam supaya 'celik mata' dan berusaha memperbaiki diri. Seterusnya

Ahad, 11 Okt. 2009
YANG SALAH PENJAHAT, BUKAN PURDAH - (petikan www.niknasri.com)
Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar. Demikian laporan akhbar harian semalam (Syeikh Tantawi haramkan purdah ke Universiti alAzhar).

Hari ini seorang anggota Parlimen Mesir pula dikatakan meminta Sheikh Tantawi meletakkan jawatannya selepas tegurannya kepada seorang pelajar berpurdah.

Akhbar juga melaporkan MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz bersedia haramkan purdah di Kelantan jika perlu, benarkah?

Saya melihat isu ini dari beberapa aspek: Seterusnya - www.niknasri.com

Ahad, 11 Okt. 2009
KEPENTINGAN SANAD DAN IJAZAH DI SISI AGAMA
Konsep sanad dan ijazah memelihara serta menjamin kesahihan sesuatu perkara yang diriwayatkan serta menjadi satu keistimewaan buat umat Sayyiduna Muhammad i. Allah SWT berfirman:
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)."

Oleh yang demikian, Islam amat menitikberatkan permasalahan sanad dan ijazah sebagai bukit kesahihan serta ketulenan sesuatu riwayat dalam membendung perkara-perkara yang dibawa masuk serta ditokok tambah di dalam agama dari perkara usul dan cabangnya. Seterusnya

Sabtu, 10 Okt. 2009
AMIRUL, MATAKU TAKKAN BISA MELIHAT MU LAGI - CATATAN CINTA ANGAH...
"Minta tolong anta bawa kan kitab Syarah Burdah al Bushiri boleh?"

Itulah rangkap terakhir dari insan yang kini sudah tiada di alam kasar kita, iaitu Ustaz Amirul Aqiqi b Abdullah. Beliau yang berasal dari Sarawak telah menemui ajal di kala subuh hari Ahad, 4 hb Oktober 2009 di Ribath Pulau Manis. Dilahirkan sebagai penganut Kristian, melalui kesukaran hidup yang penuh ranjau akhirnya membawa beliau merantau ke Selangor mencari sesuap rezeki. Tanpa siapa menduga beliau tertarik dengan keindahan Islam sehingga memeluk Islam kemudian menukar namanya dari Mili kepada Amirul. Dari detik ini, bermula lah segala-galanya

Bagaikan senipis kulit bawang, begitulah perasaan Amirul tatkala memikirkan ilmu agamanya yang sedikit. Kemuncak dari fikirannya, beliau membulat kan hati bermusafir ke Madrasah Dinyyah al Bakriah atau lebih di kenali Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan Darul Naim. Dalam tempoh demikian, kakinya tidak pernah menjejakkan kaki ke halamannya, Sarawak. Usah bicara tentang kerinduan, kerana ia semestinya membaraakan tetapi ia harus di lawan demi tuntutan ilmu. Mampukah kita? Seterusnya

Jumaat, 9 Okt. 2009
IPTAF MENJAYAKAN KURSUS KESEJAHTERAAN PELAJAR SK SEBERANG DUNGUN
Buat julung kalinya IPTAF telah dijemput untuk menjayakan Kursus Kesejahteraan Pelajar 2009 di Sekolah Kebangsaan Seberang Dungun, Dungun pada Khamis, 8 Oktober 2009. Program bermula kira-kira jam 8 pagi dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Badrul Hisam Zakaria. Beliau merupakan Pembimbing Kuala Terengganu merangkap Mudir Ribath Rendah Pulau Manis.

Program yang diadakan di Dewan Seri Bayu Gemilang itu disertai kira-kira 200 murid darjah 5 & 6 dan juga para guru mereka. Yang menariknya lagi ialah jemputan khas persembahan qasidah oleh anak-anak Ribath Pulau Manis selepas ceramah motivasi disempurnakan oleh Mudir Ribath. Seterusnya

Jumaat, 9 Okt. 2009
FAKTA GEMPA BUMI - ADAKAH SATU KEBETULAN?
Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur?an demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa' ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. Seterusnya

Khamis, 8 Okt. 2009
MAJLIS TAHLIL & KHATAM AL-QURAN IPTAF LEMBAH KELANG
Pada tanggal 4 oktober seorang pendokong IPTAF al Ustaz Amirul Aqiqi telah pulang ke Rahmatullah dan pada 5 Oktober pula disusuli oleh al mukarram Tuan Guru Bilal Ibrahim. Mengenangkan dua insan yang dirahmati Allah ini, ikhwan IPTAF Lembah Klang yang tidak berkesempatan menziarahi majlis pengebumian jenazah Allahyarham mengadakan majlis Tahlil dan Khatam Quran selama 3 malam berturut-turut diniatkan sebagai hadiah buat Allahyarham (moga-moga dnilai sebagai manfaat buat Allahyarham dan juga para ikhwan yang menghadiahkannya).

Diharapkan agar usaha kerdil ini dapat menyuburkan lagi rasa mahabbah kepada Guru dan ikhwan. Seterusnya

Khamis, 8 Okt. 2009
MAJLIS SILATURRAHIM & MAHABBAH AIDILFITRI IPTAF LEMBAH KELANG
Aidilfitri yang diraikan turut diambil kesempatan oleh IPTAF Lembah Klang untuk memupuk mahabbah. Majlis silaturrahim yang diisi dengan qasidah dan tausiyah ini diadakan di D' Akmal Homestay Shah Alam. Kira-kira 200 pendokong IPTAF serta ahli keluarga telah berkumpul mendengar tausiyah istimewa dari Penasihat IPTAF.

Majlis turut meraikan kunjungan rombongan pelajar serta pembimbing Madrasah Ribath Darwisyah Pulau Manis. Tausiyah menjelaskan lagi konsep Zikir, Syukur dan Mahabbah yang ditekankan dalam manhaj IPTAF. Seterusnya

Khamis, 8 Okt. 2009
PROGRAM ZIARAH & DAKWAH RIBATH DARWISYAH DI KEMAMAN & LEMBAH KELANG
Isnin 28.9.09
Kami sampai di Rumah IPTAF, Chukai, Kemaman kira-kira 2.45 petang dan disambut penuh meriah oleh pihak Darwisyah IPTAF Kemaman yang diketuai oleh Ustazah Siti Fatimah. Selepas jamuan, kami mengadakan persembahan burdah serta diwajibkan semua dikalangan kami mengadakan tazkirah. Ini tempat latihan pertama kami dalam menyampaikan dakwah pada umum.

Alhamdulillah tazkirah kami dapat memberi kesan pada mereka yang hadir sehingga ada yang menitiskan air mata apabila mendengar tazkirah daripada Nur Afifah yang berumur 13 tahun. Walaupun banyak kelemahan lagi, namun ia sudah dikira cukup baik memandangkan kali pertama kali pelajar Darwisyah diberi pendedahan umum sebegini. Ustazah Siti turut memberikan komentar dan panduan berguna kepada kami. Seterusnya

Rabu, 7 Okt. 2009
WAWANCARA SINAR HARIAN BERSAMA USTAZ MUSTAFFA KAMAL : SEMARAKKAN RASA CINTA KEPADA ALLAH SWT
CINTA adalah anugerah Illahi kepada setiap makhlukNya, cinta perlu dibangunkan atas landasan yang suci dengan tidak membiarkan terpendam dalam buaian nafsu, membangunkan jiwa kepada cinta Allah SWT dan Rasul SAW adalah kewajipan setiap mukmin.

Cinta memberi pengertian pelbagai bagi setiap generasi. Jika dahulu, ulama berjuang untuk menanamkan bibit cinta kepada Allah SWT dan rasul SAW, tetapi kini ramai yang terdorong dengan cinta yang dibawa Barat. Cinta dibawanya kepada mencintai harta benda, dunia, nafsu dan wanita.

Justeru, IKATAN PENDIDIKAN TAUHID TASAWUF (IPTAF) berasa bertanggungjawab menyinarkan kembali rasa cinta kepada Allah SWT dalam kalangan umat Islam di negeri ini. Perjuangan IPTAF bukan sahaja membawa masyarakat kembali kepada Allah SWT tetapi ingin melihat Nabi Muhammad SAW berbangga dengan umat akhir zaman.

Ikuti temubual wartawan Sinar Harian, AZIRA MOHD NASIR dengan Pengerusi IPTAF, Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah. Seterusnya

Sabtu, 19 Sept. 2009
BINGKISAN AIDILFITRI BUAT WARGA IPTAF
Ku mulakan bingkisan ini dengan memanjatkan syukurku kepada Allah yang telah memberi pelbagai kenikmatan, dan tiadalah kenikmatan yang hakiki melainkan lahirnya Rasulullah SAW yang telah membawa cahaya kebenaran dan kerahmatan ke seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas Baginda sallaLlahu 'alaihi wassalam, para ahli keluarga Baginda, para Sahabat, para Ulama, para Auliya', para Syuhada', para Solehin dan orang-orang yang menuruti jejak langkah Baginda sallaLlahu 'alaihi wassalam.

Wahai saudaraku,
Aidil Fitri bertandang kembali untuk meraikan kemenangan bermujahadah sebulan Ramadhan. Seterusnya

Khamis, 10 Sept. 2009
MAJLIS BACAAN YASIN / HIZIB HINDAR WABAK BERJANGKIT & IFTAR JAMA'IE IPTAF KEMAMAN
Majlis Bacaan Yasin dan Hizib Menghindar Penyakit Berjangkit anjuran IPTAF Kemaman berlangsung pada Rabu 09/09/09 di Madrasah Siratol Mustaqim, Bt 4, Kemaman.

Majlis bermula kira-kira jam 6.15 petang dengan bacaan Yasin, Hizib dan Doa Munajat. Pembimbing Kemaman, Ustaz Mohd Yusof telah memimpin majlis manakala doa munajat dibacakan oleh Ustaz Fakhrur Razi, Mudir Madrasah Siratol Mustaqim. Para hadirin juga turut diijazahkan amalan hizib tersebut bagi tujuan menghindar dari pelbagai wabak terutamanya H1N1. Seterusnya

Rabu, 9 Sept. 2009
TAKZIAH ATAS TRAGEDI LEMAS DI KG PINANG MERAH, PAKA, DUNGUN
IPTAF merakamkan ucapan takziah kepada Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahari Mamat di atas tragedi yang menimpa anak beliau dan 2 lagi rakan kelmarin.

Anak beliau, Mohd. Shaifudin Satiful Bahari, 10, bersama rakannya Wan Mohd. Wajihudin Wan Rozaimi, 10, telah ditemui lemas di Sungai Paka di Kampung Pinang Merah malam tadi. Manakala seorang lagi rakan mereka, Sharai Hidayat Zaradi, 9, masih hilang dan belum ditemui setakat berita ini ditulis (9/9, 1pm). Seterusnya

Ahad, 6 Sept. 2009
SOROTAN AKTIVITI IPTAF LEMBAH KELANG : MAJLIS MERAIKAN ANAK YATIM & SAUDARA BARU
Pihak IPTAF telah dijemput untuk menyerikan lagi Majlis Meraikan Anak Yatim serta Saudara Baru anjuran bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Unit Hidayah Persatuan Anak Kapal MAS (UHMAFAA). Majlis diadakan pada 5 Sept. 2009 (Sabtu) di Masjid KLIA, Sepang, Selangor.

Pihak IPTAF dijemput khas untuk memimpin bacaan qasidah serta zikir munajat selepas solat asar. Turut dijemput ialah wakil NGO Islam yang bernaung di bawah JAIS. Majlis diisi dengan penyampaian hadiah kepada anak2 yatim serta saudara baru, tazkirah, qasidah, zikir munajat, iftar dan solat tarawih. Seterusnya

Ahad, 6 Sept. 2009
SOROTAN AKTIVITI IPTAF LEMBAH KELANG : 3 SIRI KURSUS MENGHIDUPKAN ROH SOLAT
4 SEPT. 2009, JUMAAT, KELANA JAYA, SELANGOR - Pihak IPTAF begitu kagum dengan 18 orang usahawan muda dalam bidang latihan perbankan Islam ini yang berminat mengadakan kursus solat di siang hari Ramadhan. Kursus yang bermula seawall jam 9.30 pagi berakhir pada jam 5.30 petang bertempat di bilik latihan firma tersebut. Mereka memberikan komitmen yang baik sepanjang kursus dijalankan. Modul kursus yang berasaskan Tauhid Tasawuf telah memberikan mereka pengetahuan serta pengamalan solat dari perspektif yang berbeza, tidak sekadar memberati hukum tapi lebih menjurus kepada mencapai maksud solat yang sebenar. Seterusnya

Ahad, 6 Sept. 2009
MAJLIS BACAAN YASIN / HIZIB & MUNAJAT MENGHINDAR WABAK BERJANGKIT
Majlis ini telah berlangsung pada Jumaat, 4 Sept. bertempat di Ribath Menengah Al-Hidayah, Kuala Terengganu. Majlis bermula jam 6 ptg dan dipimpin oleh Pengerusi IPTAF, Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah. Kedatangan muslimin muslimat amatlah menggalakkan dimana lebih 200 orang telah hadir menyertai majlis dan berbuka puasa bersama-sama.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi IPTAF, menyatakan tujuan majlis ini diadakan sebagai ikhtiar dan tanda ubudiah kita dalam menghadapi ujian-ujian masa kini Seterusnya

Ahad, 6 Sept. 2009
KERATAN AKHBAR : IPTAF DIDIK BELIA KENAL NAFSU, HALAL HARAM
KUALA TERENGGANU, 4 SEPT Ikatan Pengkajian Tauhid Tasawuf (IPTAF) memfokuskan pendekatan dakwah secara terbuka sesuai objektif penubuhannya untuk menyuntik kesedaran masyarakat negeri ini supaya kembali kepada Islam yang syumul.

Pengerusinya, Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah berkata, meskipun baru tiga bulan beroperasi, namun dari segi sambutan yang diterima, amat menggalakkan malah menunjukkan perubahan dalam diri dalam kalangan umat Islam. Seterusnya

Ahad, 6 Sept. 2009
ZIARAH JENAZAH ADUN (BN) BAGAN PINANG, N9 SERLAHKAN KEMATANGAN POLITIK PIMPINAN PAS
IPTAF mengucapkan tahniah di atas sifat keterbukaan pimpinan PAS yang turut memberikan penghormatan terakhir kepada Adun Bagan Pinang, Azman Mohd Nor yang meninggal dunia petang semalam. AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa bersama dengan pemimpin PAS Negeri Sembilan bergegas ke rumah arwah sebaik mendapat perkhabaran tersebut.

Ini menyerlahkan sifat kematangan politik yang tinggi khususnya di kalangan kepimpinan PAS. Walaupun berbeza matlamat perjuangan, namun ianya tidak menghalang mereka untuk bersifat rasional dan menonjolkan akhlak Muslim sebenar sebagaimana dituntut agama. Seterusnya

Ahad, 6 Sept. 2009
MAJLIS IFTAR IPTAF SHAH ALAM BERSAMA PENDUDUK PPLJ SEk 27 SHAH ALAM
Alhamdulillah, di kurniakan Allah bersama di Ramadhan ini. Syukur juga kerana IPTAF Shah Alam bersama persatuan penduduk PPLJ Seksyen 27 Shah Alam telah mengadakan majlis iftar bersama di Homestay DAkmal. Majlis bermula jam 6.30 petang dengan halaqah bacaan Yaasin serta tahlil arwah. Setelah berbuka puasa dan solat magrib berjemaah, hadirin istirahat sambil mendengar alunan qasidah oleh wakil IPTAF serta amanat dan aluan dari Pengerusi PPLJ saudara Hj Razak.

Beliau meluahkan rasa terharu dengan sambutan yang diluar jangkaan oleh ahli PPLJ yang mana kebiasaannya majlis iftar di adakan di masjid hanya dihadiri oleh beberapa orang sahaja ahli PPLJ. Iftar kali ini dihadiri oleh kira-kira 30 keluarga PPLJ serta 30 pendokong IPTAF Lembah Klang. Seterusnya

Ahad, 6 Sept. 2009
BOLEHKAH LAKU ZIKRULLAH SECARA MENARI-NARI? JAWAPAN OLEH DATO' DR. HARUN DIN
SOALAN: Selesai satu ceramah di masjid kami, dalam isu zikrullah ada seorang bertanya penceramah, bolehkah majlis zikrullah dilakukan dalam keadaan berdiri dan menari-nari macam berkhayal-khayalan seperti yang pernah dilakukan oleh sesetengah golongan tarikat sufi.

Penceramah tersebut secara spontan menjawab: Rasa saya itu adalah haram, mana boleh zikrullah yang begitu murni dicampurkan dengan tarian, tarian itu haram." Kami menjadi keliru, minta pandangan Dato (Dr. Harun Din). Terima kasih. (Jemaah ragu. Sepang) Seterusnya

Ahad, 6 Sept. 2009
KURSUS MENEROKA RAHSIA DIRI DI KEMAMAN & K. TERENGGANU
Kursus ini telah berjaya diadakan sebanyak 2 sesi, iaitu pada 28 Ogos (Jumaat) di Chukai, Kemaman dan 29 Ogos (Sabtu) di Kuala Terengganu dengan melibatkan penyertaan kira-kira 20 peserta.

Ia merupakan kerjasama pihak IPTAf dan Irsyad Training & Consultancy, dimana IPTAF membekalkan sepenuhnya modul-modul kursus tersebut manakala pihak Irsyad mengendalikan sepenuhnya kursus tersebut.

Kursus MRD ini bukanlah bersifat komersial, sebaliknya salah satu pendekatan dakwah untuk masyarakat umum dalam memahami rahsia-rahsia keilmuan dan pengamalan para ulama tauhid tasawuf ke arah pengamalan Islam yang syumul sebagaimana matlamat yang diperjuangkan IPTAF. Seterusnya

Ahad, 6 Sept. 2009
MAJLIS IFTAR KUBRA IPTAF KUALA TERENGGANU
Majlis Iftar Kubra anjuran IPTAF Kuala Terengganu telah diadakan pada 7 Ramadhan lalu (27 Ogos, Jumaat) di Ribath Menengah Al-Hidayah, Bt Buruk.

Majlis bermula jam 6 ptg dengan alunan qasidah, zikir munajat dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mustaffa Kamal (Rais IPTAF). Kemudiannya para hadirin berbuka puasa dan solat maghrib bersama-sama

Kehadiran masyarakat setempat amatlah menggalakkan. Insya Allah program ini akan diadakan pada setiap Jumaat sepanjang Ramadhan.

Ahad, 6 Sept. 2009
PENYAMPAIAN BANTUAN RAMADHAN KEPADA FAQIR MISKIN
Alhamdulillah pada 28 Ogos (Jumaat) lalu, pihak IPTAF Kuala Terengganu telah menyampaikan bantuan berupa beras kepada lebih 30 orang fakir miskin di Bukit Payong dan kawasan sekitarnya.

Majlis diadakan di rumah Puan Norli dan En Mohamad Abd Rahman (suami), bermula jam 10pg-12 t/hari dengan ucapan aluan tuan rumah, tazkirah oleh Ustaz Abi Ahmad (Mudir Ribath Rendah Pulau Manis / Pmbimbing IPTAF K. Trg) dan kemudiannya majlis penyampaian bantuan oleh beliau.

Para penerima bantuan amat menghargai bantuan yang dihulurkan ini walaupun mungkin tidak seberapa berbanding dengan pihak-pihak lain. Program ini adalah sebahagian usaha kebajikan yang dilakukan oleh pihak IPTAF bagi membantu golongan yang memerlukan. Seterusnya

Ahad, 6 Sept. 2009
TAZKIRAH RAMADHAN BERSIRI DI PLAZA MASALAM, SHAH ALAM
Pihak IBSUL Holding dengan kerjasama pembimbing IPTAF telah menganjurkan tazkirah sebelum zohor setiap hari bekerja disurau tersebut bermula jam 1 hingga 1.30 tgh hari. "Penghayatan Tauhid dalam Ramadhan" merupakan tajuk yang dipersetujui untuk tazkirah bersiri tersebut.

Hari ini (24/8) merupakan permulaan tazkirah oleh Abi Razali dengan pengenalan kepada konsep Ad-Deen dalam hidup serta peranan tauhid tasawuf dalam menyempurkan tuntutan Agama. Tazkirah ini disertai oleh staf IBSUL, SPRM dan staf syarikat sekitarnya. Pihak IPTAF amat berbesar hati di atas kepercayaan pihak berkenaan menjemput pihak kami.

Ahad, 6 Sept. 2009
RANGKUMAN PROGRAM IPTAF LEMBAH KELANG (DAURAH & KULIAH)
22 Ogos 2009 : Daurah Ilmi & Iftar Ramadhan Sahabat2 IPTAF Lembah Klang.

Daurah Ilmi siri 1 untuk sahabat IPTAF lembah Klang telah diadakan di D' Akmal Homestay, Shah Alam. Majlis bermula pada jam 11 pagi sehingga ke Majlis berbuka puasa. Daurah siri 1 ini di pimpin oleh Abi Dasuki dengan pembentangan serta diskusi Kitab Mafahim Yajibu an Tusohah karangan Sayyid Muhammad Alawi al Maliki fasal Tawassul.

Kira-kira 30 orang ikhwan IPTAF menyertai majlis ini yang antara lain bertujuan menyediakan ikhwan dengan kefahaman serta hujah ilmu yang jelas berkenaan pengamalan Tawassul dalam kehidupan. Majlis yang diakhiri dengan Iftar bersama juga telah mengeratkan lagi silaturrahim sesama ikhwan. Seterusnya

Ahad, 6 Sept. 2009
MUNAJAT AMBANG RAMADHAN IPTAF KEMAMAN & DUNGUN
Malam tadi telah berlangsung majlis Malam Munajat Ambang Ramadhan di Madrasah Al-Mustaqim, Chukai, Kemaman. Ia adalah anjuran bersama IPTAF Kemaman dan IPTAF Dungun serta Madrasah A-Mustaqim.

Majlis bermula dengan solat Isya' dan solat Hajat yang dipimpin oleh pembimbing IPTAF Kemaman, ustaz Yusof. Kemudian diteruskan dengan bacaan Qasidah oleh pelajar Al-Mustaqim, beberapa orang anak-anak Ribath Pulau Manis (yang kebetulan pulang bercuti) dan para jamaah yang hadir.

Seterusnya ustaz Sabri (pembimbing IPTAF Dungun) dan ustaz Khairul memimpin zikir munajat yang mengundang tangisan keinsafan para jamaah, disusuli dengan doa munajat yang dibaca oleh ustaz Yusof. Seterusnya

Ahad, 6 Sept. 2009
MUNAJAT AMBANG RAMADHAN IPTAF KEMAMAN & DUNGUN
Pada petang 15 Ogos, Jumaat lalu, pihak IPTAF telah menerima khabar dukacita bahawa Pak Jusoh, wakil utama jamaah Burdah Tok Limbong telah pulang ke rahmatuLlah. Beliau yang nama sebenarnya Hj Yusof Adam merupakan cucu kepada Hj Mamat yang merupakan khadam kepada Syeikh Abdul Rahman Limbong (Tok Limbong - meninggal dunia pada 16 November 1929 di Mekah) yang terkenal itu.

Allahyarham adalah juga wakil utama kepada Syeikh Hj Mohd Ghazali Abdullah (Syeikh Burdah yang merupakan cicit kepada Tok Limbong) di Kemaman. Beliau memimpin Ratib Haddad pada setiap malam Jumaat, manakala pada siang Jumaat pula memimpin Majlis Bacaan Burdah di surau Mak Dayang, Chukai, Kemaman. Seterusnya

Ahad, 6 Sept. 2009
CERAMAH AMBANG RAMADHAN DI PESAKA TRG BHD, BUKIT BESI, DUNGUN
Pihak IPTAF Kemaman telah memenuhi jemputan pihak Badan Kebajikan & Kakitangan Warga Kakitangan Pesaka Terengganu Berhad (BKKWP) untuk menyampaikan ceramah "Ambang Ramadhan" pada 19 Ogos, Rabu lalu. Ceramah yang diadakan jam 4 6 ptg itu telah disampaikan oleh ustaz Mohd Yusof Abd Razak (Pembimbing IPTAF Kemaman) di Berek Pekerja Pesaka di Bukit Besi, Dungun. Seterusnya

Ahad, 6 Sept. 2009
KURSUS 'MENGHIDUPKAN ROH SOLAT' & KULIAH "WANITA, ISTERI DAN CINTA..."
16 Ogos 2009, Ahad : Buat kali pertama IPTAF Lembah Klang mengadakan kursus Menghidupkan Roh Solat. Kursus yang dikendalikan oleh Abi Hj Razali ini bertemakan "Tauhid Tasawuf: Menghidupkan Roh Solat, Menegakkan Tiang Agama". Siri pertama kursus ini dijayakan dengan kerjasama muslimat seksyen 4, Bangi bertempat di surau al-Kauthar.

Kursus yang merangkumi 3 fasa (Memahami konsep Agama, Persediaan Tauhid & Roh untuk Solat, Persediaan Fiqh Solat dari perspektif Feqah dan Tasawuf) ini turut diselangi dengan qasidah dan burdah. Kursus yang dikendalikan dalam bentuk diskusi 2 hala ini telah di meriahkan dengan soalan bertalu-talu 15 orang peserta yang terdiri dari wakil pimpinan muslimat seksyen 4 dan wakil pertubuhan puteri Islam. Kebanyakan peserta berpendapat penekanan kepada kefahaman , praktis serta penghayatan tauhid dalam solat dilihat sebagai suatu perkara yang amat perlu di kembangkan kepada masyarakat. Seterusnya

Ahad, 6 Sept. 2009
KELAS QASIDAH / BURDAH IPTAF DUNGUN
Alhamdulillah, pihak IPTAF Dungun telah memulakan kelas latihan qasidah / burdah untuk anak-anak di Kg Rajawali, Dungun. Ia dikendalikan oleh Pembimbing IPTAF Dungun iaitu Ustaz Sabri Ahmad.

Kelas ini diadakan 2 minggu sekali di surau Kg Rajawali. Menurut Ustaz Sabri, dijangka penyertaannya akan bertambah kepada 30 anak-anak dalam beberapa minggu lagi.

Disamping aktiviti ini, IPTAF Dungun juga menganjurkan majlis bacaan Yasin dan Tahlil ke rumah-rumah penduduk sekitar, di samping diadakan di masjid yang berdekatan. Sambutan masyarakat sekitar amatlah baik.

Ahad, 6 Sept. 2009
PELANCARAN BUKU BARU - MEMBINA RANTAIAN MUJAHID SUFI BERDASARKAN MANHAJ TAUHID TASAWUF
"Maka saya merasakan buku ini yang bertajuk "Membina Rantaian Mujahid Sufi berdasarkan Tauhid Tasawuf" karangan al-faqir ilaLlah Hj. Ibrahim bin Mohamad Asy-Syathari yang gigih menulis dan memperjuangkan tasawuf ini adalah bertepatan dengan keadaan sekarang, khususnya bagi mereka yang ingin mencari methodologi dakwah untuk membawa masyarakat kembali ke mercu kegemilangan.

Diharapkan juga buku ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan diterima sebagai satu usaha ke arah menggali khazanah keilmuan Islam yang telah hilang. Semoga kita dapat mencontohi mujahid-mujahid sufi yang telah mencapai kejayaan dalam dakwah mereka." (Petikan ucapan Pengerusi IPTAF ketika pelancaran buku tersebut).

Untuk maklumat lanjut, sila klik imej buku @ Seterusnya

Ahad, 6 Sept. 2009
MALAM KESENIAN ISLAM & MUNAJAT DAULAH
Buat julung kalinya, IPTAF dengan kerjasama Urusan Ulama Kuala Terengganu berjaya mengadakan majlis "Malam Kesenian Islam & Munajat Daulah" di Markaz Tarbiyyah Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 10 Ogos, Isnin lalu.

Majlis yang bermula jam 9.30 malam itu dipengerusikan oleh ust Mohd Yusof Abd Razak dan dihadiri lebih 500 muslimin muslimat termasuk dari Dungun dan Kemaman.

Selepas ucapan aluan pengerusi, ustaz Md. Sabri dan ustaz Khairul memimpin bacaan zikir munajat beramai-ramai. Alunan zikir yang bergema di dalam dewan tersebut menjelmakan suatu suasana yang sangat syahdu dan penuh keinsafan. Seterusnya

Ahad, 6 Sept. 2009
SOROTAN PROGRAM IPTAF LEMBAH KELANG
Rabu, 6 Ogos'09 - Kuliah Menghalusi Ibadah Umrah berdasarkan Tauhid Tasawuf di Pejabat System Consultant & Services (SCS), Wangsa Maju, KL.

Sabtu, 8 Ogos '09 - Majlis Tausiyah & Qasidah Komuniti Kejiranan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, KL.

Ahad, 9 Ogos '09 - Majlis di Ambang Ramadan

Isnin, 10 Ogos '09 - 10 pagi - 12 tgh. Kuliah Mingguan "Pendakian Salik Menuju Allah" di pejabat NutraHerbs Sdn Bhd, TTDI Jaya, Shah Alam. Berita lanjut

Ahad, 6 Sept. 2009
MAJLIS CINTA ALLAH, RASUL IPTAF K. TERENGGANU
Majlis ini diadakan pada setiap Khamis malam Jumaat di Ribath Al-Hidayah Bt. Buruk, Kuala Terengganu. Ia dipimpin oleh Ustaz Mustaffa Kamal, yang juga merupakan Mudir Ribath Al-Hidayah.

Program bermula selepas Isya, diawali dengan zikir munajat, bacaan qasidah-qasidah oleh Ribath Al-Hidayah dan Ribath Pulau Manis, tausiah tauhid tasawuf dan doa munajat oleh Ustaz Mustaffa Kamal.

Para hadirin, muslimin muslimat memenuhi setiap ruang dalam Dewan Ribath Al-Hidayah, termasuk juga anak-anak. Tausiah dan doa munajat yang disampaikan beliau pasti akan mengundang titisan airmata keinsafan di kalangan hadirin. Betapa jiwa kita dipenuhi dengan kecintaan-kecintaan yang lain dari Allah dan Rasul Seterusnya

Ahad, 6 Sept. 2009
MAJLIS CINTA ALLAH, RASUL IPTAF KEMAMAN
Buat julung kalinya, IPTAF Kemaman bersama dengan Madrasah Siratol Mustaqim, Bt. 4 Kemaman mengadakan majlis Malam Cinta Allah dan Rasul malam tadi. Ia diadakan serentak dengan majlis yang sama yang berlangsung di Ribath Al-Hidayah, Bt Buruk, Kuala Terengganu anjuran IPTAF Kuala Terengganu.

Majlis bermula solat Isya berjemaah, dengan kehadiran lebih 100 muslimin muslimat beserta keluarga masing-masing. Selepas Isya ustaz Khairul memimpin bacaan zikir munajat, diikuti tausiah oleh ustaz Yusof (pembimbing IPTAF Kemaman) yang membicarakan perihal kecintaan Rasulullah SAW terhadap kita semua. Seterusnya bacaan 2 buah qasidah dengan iringan muzik Islami yang sangat mengesankan, disampaikan oleh para pelajar Al-Mustaqim. Seterusnya