ZIARAH ACEH-MEULABOH : PRA MAJLIS SILATURAHIM & MUZAKARAH ULAMA SE-ASIA TENGGARA MAC 2010

Bersama Ustaz Mustaffa Kamal (Pengerusi IPTAF) dan Abi Razali Daud (Pembimbing Lembah Kelang), kami bertiga bertolak ke Medan, Indonesia dengan AirAsia dari LCCT KL jam 12.05 t/hari, Sabtu 26 Dis. Perjalanan ini adalah dalam rangka mengadakan perbincangan susulan dengan pihak Ikatan Pengkajian Tauhid Tasawuf Aceh pimpinan Abuya Syeikh Hj Amran Waly berkaitan Majlis Silaturahim dan Muzakarah Ulama se-Asia Tenggara yang bakal diadakan pada 9-10 Mac 2010 di Kota Tauhid Tasawuf, Meulaboh, Aceh Barat.

Berikut adalah catatan ringkas perjalanan kami selama kira-kira 3 hari.

26 Dis. 2009 (Sabtu) (*waktu tempatan M'sia & Indonesia)
12.05 t/hari - bertolak ke Medan dari LCCT dengan AirAsia QZ8055
11.55 pg - tiba di Polonial Bandara, Medan (Lap. Terbang Medan), disambut oleh Pak Sayyid, berehat di rumah tumpangan dsb.
6.50 ptg - bertolak ke Banda Aceh dengan Lion Air.
7.35 mlm - tiba di Sultan Iskandar Muda Bandara (Lap. Terbang Banda Aceh), disambut oleh Tgk. Nasrul (pimpinan Majlis Pengkajian Tauhid Tasawuf Banda Aceh) dan berehat di Sekretariat Pengkajian Tauhid Tasawuf, Aceh Besar.
9.00 mlm - bertemu dengan Bupati Aceh Barat, Pak Ramli MS (Bupati = Kepala Daerah). Beliau mengalu-alukan kedatangan kami dan menyatakan kesungguhan beliau dengan majlis tersebut. Beliau turut menyatakan hasrat dan harapan beliau agar majlis yang julung kali diadakan di bumi Aceh ini akan memberikan impak besar bukan sahaja kepada Naggroe Aceh Darussalam bahkan Asia.
11.30 mlm - bertolak ke Meulaboh melalui 'jalan atas' (kawasan pergunungan), mengambil masa 8 jam dengan jalan yang berliku-liku dan cuaca dingin di kawasan pergunungan.

27 Dis. 2009 (Ahad)
9.00 pg - sampai di Pesanten Darussalam, Meulaboh, Aceh Barat dimana terletaknya Pusat Pengkajian Tauhid Tasawuf Aceh Barat. Sarapan dan rehat.
11.00 pg - menyambut ketibaan Abuya Amran Waly untuk pengajian bulanan beliau di Aceh Barat.
Al Fadhil Ustaz Mustaffa Kamal diberi penghormatan menyampaikan ucapan kepada hadirin sebelum pengajian bermula. Manakala saya bersama dengan Abi Razali terlibat dengan mesyuarat panitia program dari pelbagai kawasan. 5.00 ptg - melawat tempat program akan berlangsung (Masjid Agung Baitul Makmur, Kab. Aceh Barat). Juga meninjau beberapa tempat tsunami untuk acara ziarah Mac 2010.
9.00 mlm - mengikuti Pengajian Tauhid Tasawuf pimpinan Abuya Amran Waly di kawasan pejabat Bupati Aceh Besar, Pak Ramli MS. Kami bertiga telah diminta menyampaikan ucapan ringkas sempena kunjungan ke Aceh. Turut berucap adalah wakil-wakil Pengkajian Tauhid Tasawuf dari beberapa tempat. Kemudian diteruskan dengan pengajian Tauhid Tasawuf pimpinan Abuya Amran Waly.
11.00 mlm - bertolak kembali ke Banda Aceh, Aceh Utara bersama Tgk. Nasrul dan beberapa yang lain dengan menaiki 'mobil' dan melalui jalan sama waktu datang.

28 Dis. 2009 (Isnin)
9.00 pg - melawat beberapa tempat untuk mengenal pasti lokasi-lokasi ziarah yang sesuai sempena program Mac 2010, terutamanya berkaitan tsunami seperti perkuburan besar, makam auliya (seperti makam Syeikh Abd Rauf al-Fansuri – Guru kepada Tok Pulau Manis), muzium tsunami, kapal besar yang terdampar di daratan dsb.
11.00 pg - bertemu dan berbincang dengan WaliKota Banda Aceh (semacam Datuk Bandar, iaitu Ir. Mawardy Nurdin) berkaitan agenda ziarah bersempena dengan Aceh 'Bandar Wisata Islami'. Alhamdulillah, perbincangan menatijahkan hasil yang sangat positif dalam banyak hal.
12.30 t/hari - bertolak ke lapangan terbang Iskandar Muda. Sistem komputer AirAsia ada masalah, menyebabkan proses 'check-in' mengambil masa hampir 1 jam (berdiri).
3.45 ptg – bertolak pulang ke LCCT Kuala Lumpur dengan pesawat AirAsia AK306. (kelewatan pesawat hampir 1 jam). Ini menyebabkan kami tiba di LCCT KL pada jam 6 ptg.

Apapun kami bersyukur kerana pertemuan dan perbincangan bersama pimpinan Pengkajian Tauhid Tasawuf Aceh menghasilkan natijah yang amat positif ke arah perlaksanaan Majlis Silaturrahim dan Muzakarah Ulama Se-Asia Tenggara yang bakal berlangsung di Kota Tauhid Tasawuf, Meulaboh, Aceh Barat pada 9-10 Mac 2010.


sebahagian pimpinan Majlis Pengkajian Tauhid Tasawuf Aceh


papan tanda pusat pengajian di Meulaboh


Masjid Babussalam tempat berlangsungnya pengajian Abuya Amran Waly di Meulaboh


Masjid Agung Baitul Makmur, tempat berlangsungnya program pada Mac 2010 nanti


Ustaz Mustaffa Kamal (kot hitam) bersama sebahagian pimpinan MPTT Aceh bergambar di depan pintu gerbang "Meulaboh Kota Tauhid Tasawuf'


salah satu masjid yang masih utuh ketika tsunami Dis 2004


masjid yang sama - gambar terkini


'banner' di hadapan salah satu perkuburan besar tsunami di Meulaboh


Abi Razali sedang menyampaikan ucapan aluan di salah satu majlis pengajian Abuya Amran Waly


Ustaz Mustaffa Kamal turut menyampaikan tausiah dan perkembangan dakwah IPTAF di Malaysia


bergambar berlatarbelakangkan "Kapal Terapung" di Banda Aceh


bersama teman-teman bergambar di dalam Muzium Tsunami di Banda Aceh


salah satu pemandangan di dalam Muzium Tsunami


pertemuan mesra dengan WaliKota Banda Aceh, Bapak Ir. Mawardy Nurdin

© Copyright 2009 IPTAF