SELAMAT DATANG...
Selamat Datang ke laman Ikatan Pendidikan Tauhid Tasawuf (IPTAF)! (Dulunya dikenali Ikatan Pengkajian Tauhid Tasawuf). Melalui laman ini diharapkan para pengunjung akan mendapat informasi berguna khususnya mengenai perjuangan IPTAF serta program-program yang dijalankannya.
IPTAF lahir di bumi Terengganu pada Feb. 2009, justeru ia masih agak baru dalam pergerakannya. Namun, IPTAF sedaya mungkin akan bergerak dengan penuh hikmah dalam mencapai cita-cita murninya bagi menyuburkan kembali jiwa masyarakat kepada cinta Allah, cinta Rasul, cinta Agama dan kasih sayang sesama insan. IPTAF amat yakin bahawa inilah tunjang sebenar kekuatan ummah dalam menghadapi pelbagai krisis dan cabaran dunia mutakhir ini.
Dalam hal ini, IPTAF mengambil pendekatan memfokuskan pembinaan masyarakat di Terengganu terlebih dahulu, disamping dakwah umumnya juga dilaksanakan di Lembah Kelang dan seluruh negara. Ia dibuat atas beberapa pertimbangan, namun faktor utamanya ialah untuk mewujudkan suatu negeri contoh yang masyarakatnya beramal dengan nilai-nilai tersebut. Apabila contohnya telah ada, nescaya akan terpancarlah cahaya kebaikan dan keindahan agama, maka dakwah dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan mudah diterima masyarakat.
Mudah-mudahan usaha IPTAF ini akan mendapat dokongan semua pihak demi mendapat REDHA ALLAH SWT, insya Allah.
© Copyright 2009 IPTAF
|