PROGRAM "WE SHARE, WE CARE" DI PENJARA KAJANG, SELANGOR![]() Pada (24 Januari 2010) satu program "We Share We Care" telah diadakan di penjara Kajang bagi tahanan juvana yang berumur 15 hingga 21 tahun. Peserta juvana ini ini adalah terpilih dan seramai 50 tahanan juvana yang terlibat. Program ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Siswazah Wanita Malaysia berwakilkan pengerusinya, Datin Fauziah atau lebih mesra dipanggil Umi. ![]() Program ini bertujuan memberi kesedaran kasih Allah dan cinta Rasulullah dengan menjadikan Qasidah sebagai method utama program. Perwakilan IPTAF yang diketuai Ust Fakhrurrazi dan rakan-rakan diiring pegawai penjara iaitu En Nasir yang telah memberi penerangan berkenaan keadaan Penjara Kajang dan suasananya. Sesi ini dimulai dengan ucapan pendahuluan oleh Umi dan seterusnya dikendalikan oleh Ust Fakhrurrazi. Seterusnya dimulai dengan taaruf wakil IPTAF dan nyanyian Asma’ul Husna. Taaruf diteruskan bersama peserta dengan diselangi lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Demi Masa. Program diteruskan dengan ceramah ringkas Ust Fakhrurrazi menekankan tujuan hidup dan nilai kasih Allah dan Rasul kepada peserta. Seterusnya peserta dipersembahkan dan dilatih dengan nyanyian Qasidah Annabi Sollu Alaih yang diiringi alat muzik. Program diteruskan lagi dengan slot muhasabah dan doa munajat oleh Ust Fakhrurrazi. Peserta-peserta menunjukkan komitmen dan penyertaan yang baik sepanjang program diadakan. Program diulas oleh Umi sebagai ucapan penangguhan program dan dipersetujui untuk diadakan sebanyak 2 kali setiap bulan. Akhirnya program ditangguh dengan salam perpisahan dan selawat sekitar jam 1 tengah hari. Semoga program ini mampu diteruskan ke akhirnya yang mampu memberikan warga penjara suatu harapan baru agar dengan izin Allah akan lahir dari generasi ini mereka yang hebat tauhidnya kepada ALLAH SWT. © Copyright 2010 IPTAF |

