headerphoto

MALAM KESENIAN ISLAM 2009
IPTAF

[ Lagi Gambar di GALERI 2 ]

Malam Kesenian Islam 2009 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran kira-kira 2000 orang hadirin termasuk dari luar Terengganu. Berbelas-belas buah bas kelihatan diletakkan di bahagian luar dewan tersebut.

Program yang diadakan pada 27 Julai, bermula 9 mlm – 11.45 mlm ini telah dilangsungkan dengan persembahan qasidah, persembahan lagu-lagu keTuhanan dan kemuncaknya adalah teater ‘Menunggu Kata dari Tuhan’ yang dijayakan oleh pelakon Sabri Yunus dan diiringi gesekan biola oleh sdra Sani Sudin, manakala tulang belakang pementasannya ialah Dinsman. Program ini merupakan anjuran julung kalinya oleh Ikatan Pengkajian Tauhid Tasawuf (IPTAF).

Majlis dimulakan dengan aluan oleh al-fadhil Ustaz Azman Ngaspan selaku pengacara majlis, kemudian dikuti dengan ucapan Pengerusi IPTAF iaitu al-fadhil Ustaz Mustaffa Kamal bin Hamzah. Seterusnya, tetamu kehormat iaitu Dato’ Senara Muda Dato’ Mazlan bin Hashim (pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM)) menyampaikan ucapan beliau.

103

Antara lain beliau menyatakan rasa gembira kerana dapat turut serta dalam program seumpama ini, yang dianggap amat menarik dan satu pendekatan positif bagi menarik masyarakat kepada cinta Allah dan cinta Nabi. Usaha seperti ini, kata beliau, harus diperbanyak dan dipelbagaikan demi membawa masyarakat kepada nilai hidup beragama yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Turut serta dalam majlis ini ialah Dato’ Ambak bin Abd Aziz (Ahli Majlis Fatwa Negeri Terengganu), Y.M Tg. Hassan bin Tg. Omar (bekas Pengerusi MAIDAM), wakil-wakil NGO, badan-badan kerajaan dan swasta dan lain-lain lagi. Malah banyak juga IPT/IPTS dan sekolah-sekolah yang datang secara rombongan dengan menaiki bas.

Boleh dikatakan setiap penjuru dewan dipenuhi penonton dari pelbagai lapisan masyarakat dan latarbelakang, sebahagian besarnya tidak berganjak sehigga majlis berakhir.

86

Selepas selesai sesi ucapan, anak-anak Ribath Pulau Manis mengambil tempat di atas pentas. Dengan wajah yang penuh ceria, mereka kelihatan amat bersemangat menyampaikan qasidah-qasidah tersebut sambil diiringi dengan paluan kompang dll. Sangat mengujakan dan mengundang asyik dalam jiwa hadirin. Tahniah kepada mudirnya, ustaz Abi Ahmad.

Kemudian diteruskan dengan persembahan oleh ‘abang-abang’ mereka, iaitu pelajar Ribath Al-Hidayah Bt Buruk, Kuala Terengganu, dimana mudirnya adalah Ustaz Mustaffa Kamal sendiri.

123

Selepas itu, persembahan diteruskan oleh ustaz Zulkarnain, bekas ahli kumpulan VISA (Joe Visa). Beliau menyampaikan tiga rangkaian lagu, dengan memetik gitar penuh harmoni.

216

Persembahan seterusnya oleh Ghani Blues Gang, menyampaikan dua lagu munajat. Penuh syahdu dan terpancar ketulusan hati beliau ketika mengalunkan lagu-lagu berkenaan dengan iringan muzik yang mengasyikkan.

312

Megat Nordin (Dikir Dakwah) dengan penuh tenaga melontarkan suaranya menyampaikan dua lagu rintihan hamba yang berdosa, memberi harapan dan mengajak sujud kepada Tuhan dengan setulusnya.

59

Kemuncak persembahan ialah teater ‘Menunggu Kata dari Tuhan’. Teater ini mengisahkan seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w, Ka'ab Malik tidak dapat memberi alasan yang kukuh apabila tidak dapat turut serta dalam peperangan Tabuk.

Rasulullah ketika itu mengetuai peperangan Tabuk menentang Rom. Ketika zaman Rasulullah semua individu perlu berperang. Begitupun ada segelintir daripadanya enggan berperang dan bertemu Rasulullah untuk memohon maaf dan menyatakan alasan masing-masing kerana tidak mahu terbabit dalam peperangan.

Ka'ab berdepan dilema apabila tidak mempunyai alasan yang kukuh terbabit dalam perang itu. Ka'ab kemudian meminta petunjuk daripada Allah supaya memberinya jalan untuk mengatasi dilema yang menghantuinya itu. Pelbagai dugaan dan ujian dilalui Ka'ab sepanjang tempoh berkenaan.

411

Gesekan biola oleh Sani Sudin mengiringi lakonan Sabri Yunus menyampaikan sebuah hadis mengenai permasalahan Ka'ab bin Malik kerana tidak ikut berperang bersama Rasulullah, dan ujian yang dilaluinya selama 50 hari 'menunggu kata dari Tuhan'akibat dia membuat pengakuan ikhlas kepada Rasulullah. Tiadalah saat yang paling menggembirakan beliau, melainkan mendapat perkhabaran bahawa Allah SWT telah mengampuni kesalahannya itu. Begitu teguh cintanya pada Nabi, walau pun menerima hukuman yang amat berat itu, namun hatinya tidak sedikitpun berpaling dari berhadap kepada Rabbnya dan cinta terhadap Nabi SAW.

Walaupun sistem suara mengalami sedikit gangguan namun persembahan berjalan dengan lancar dan meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam jiwa hadirin.

Sebaik teater berakhir, al fadhil Ustaz Razali Daud (pembimbing IPTAF Klang) melontarkan bicara munajat dengan penuh penghayatan… betapa cinta Ka’ab bin Malik tidak mampu digoncangkan sedikitpun, teguh hatinya, sabar menanggung ujian cinta, dan akhirnya beliau menjadi orang yang berjaya mendapat cinta Allah dan RasulNya.

79

Sebaik berakhir munajat tersebut, anak-anak Ribath Pulau Manis dan pelajar Ribath Hidayah, dengan pimpinan Ustaz Md Sabri dan ustaz Khairul, mengalunkan selawat beramai-ramai. Para vip dan hadirin turut sama-sama berdiri dan melaungkan selawat dengan penuh semangat.

BANYAK LAGI PAPARAN GAMBAR, SILA KLIK GALERI 2