SINAR HARIAN 15 NOV. 2009: PEMUDA PAS PUSAT LANCAR PELEKAT KEMPEN MENCINTAI RASULULLAH SAW

IPTAF mengucapkan syabas kepada Dewan Pemuda PAS Pusat khususnya Ketuanya Ustaz Nasrudin Hj Hassan Tantawi serta timbalan beliau, Ustaz Azman Syapawi Abd. Rani di atas pelancaran pelekat kereta sempena kempen "Kami Mencintaimu, Ya Rasulullah!". Majlis berkenaan dilangsungkan di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan Sinar Harian 15 Nov. 2009. (setakat berita ini ditulis belum ada maklumat terperinci diperolehi dari internet mengenai kempen ini - wm)

IPTAF yang mendokong seruan "CINTA & SYUKUR" melihat inisiatif ini melambangkan kebijaksanaan kepimpinan Pemuda Pas dalam mempelbagaikan method dakwah kepada masyarakat. Aspek tarbiyah kepada mencintai Rasulullah SAW dilihat amatlah tepat kerana ia bukan sahaja berkait dengan aspek keimanan, malah kecintaan kepada Baginda SAW akan mendorong seseorang itu mencintai apa yang dicintai Nabi, mencintai dakwah dan perjuangan membawa masyarakat kembali kepada pengamalan Islam yang syumul dalam kehidupan mereka.

Aspek ini juga berupaya mengukuhkan jati diri dan meningkatkan nilai pengorbanan khususnya di kalangan pendokong perjuangan Islam, seterusnya akan memberikan kesan yang positif kepada organisasi dan apa jua program yang dilaksanakan.

IPTAF menyokong penuh usaha ini dan berdoa agar semarak usaha mengajak masyarakat mencintai Rasulullah SAW akan sentiasa dilakukan oleh semua pihak kerana ia juga adalah teras kepada penyatuan dan kekuatan ummah keseluruhannya.

© Copyright 2009 IPTAF