headerphoto

Unit Penerbitan IPTAF

Alhamdulillah, sehingga kini Unit Penerbitan Iptaf (dulunya KIDI) telah berjaya menerbit dan mencetak lebih dari 20 judul termasuk 2 majalah.

Walau bagaimanapun, hanya 5 judul sahaja yang telah diurus cetak secara komersial, dimana 4 tajuk iaitu : Liku-Liku Jalan KeTuhanan, Pendakian Salik Menuju ALlah, Keaslian Tasawuf dan Menyingkap Rahsia dan Hikmah Haji & Umrah telah diterbitkan oleh Penerbitan Jahabersa Sdn Bhd.

Manakala, buku terbaru yang dicetak sendiri oleh pihak Iptaf ialah "Bisikan Sirr (siri 1)". Adapun judul-judul lain diterbitkan dalam bentuk kulit warna dan isi photocopy sahaja (kualiti terjamin) dan hanya boleh didapati dari pihak Iptaf sahaja.

Sila klik pada tajuk-tajuk di kolum kiri untuk melihat kulit luar, sinopsis, harga dan lain-lain maklumat yang berkaitan.

Pesanan & Pembelian

  1. Bagi 4 tajuk yang dicetak oleh Penerbitan Jahabersa boleh didapati dari kedai-kedai buku di seluruh negara. Jika anda menghadapi kesukaran untuk mendapatkannya, sila berhubung dengan pihak kami.
  2. Bagi judul-judul yang lain, hanya boleh dibeli dari pihak kami sahaja, dengan cara pesanan pos seperti berikut :
  • smskan senarai KOD judul yang ingin dipesan, beserta nama dan alamat penuh.
  • pihak kami akan menguruskan penghantaran dan kemudian akan memaklumkan kepada pembeli jumlah bayaran (termasuk kos pos) dan no akaun bank untuk pembayaran. Perhubungan akan dibuat melalui sms.
  • untuk tujuan pesanan atau pertanyaan, sila sms ke 019-9241197 (Yusof - TRG) @ 013-3635451 (Che Rasmizan - KL).
  • atau boleh juga dibuat melalui emel