headerphoto

Majlis Ceramah Israk Mi’raj di Sekolah Agama As-Syakirin, Seksyen 13 Shah Alam

17 Julai 2009 - Sempena memperingati peristiwa besar Isra’ Mi’raj yang dilalui oleh Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم, pihak Sekolah Agama As-Syakirin menganjurkan ceramah melibatkan penyertaan para guru dan pelajar. Pembimbing IPTAF Lembah Klang, Ustaz Hj Razali Daud telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Isra’ dan Mi’raj dari Perspektif Pembangunan Insan”.

Majlis dimulakan dengan alunan selawat oleh para pelajar, penuh syahdu dan menyentuh qalbu semua yang hadir, kemudiannya diteruskan dengan ceramah.

“Keutamaan pendidikan dari aspek kerohanian yang merupakan hakikat sebenar diri manusia merupakan asas pembentukan insan yang benar2 cemerlang di dunia dan akhirat. Isra’ dan Mi’raj yang diceritakan dalam al-Quran sepatutnya menjadi i’tibar yang berterusan sehingga ke akhir zaman sebagai modul taraqqi (peningkatan) martabat Insan, bukannya sekadar menjadi cerita nostalgia yang mengagumkan”, begitula antara kupasan yang dibuat oleh Ustaz.

Lebih kurang 300 pelajar serta 40 orang guru yang hadir memberikan penuh perhatian kepada bicara beliau.